Kawan-kawan kakcik

Ahad, 26 Disember 2010

25 Disember 2010

Pagi ...

Ke Pasar Chow Kit (seperti biasa - hanya duduk dalam kereta sambil memerhati gelagat manusia)...

Kenderaan yang bersimpang siur dan 'menyesakkan'


Penguatkuasa yang datang 'sepintas lalu' sebelum 'mat-mat parking' kembali 'menjalankan tugas mereka'

Menjelang tengahari...

Ke Majlis Perkahwinan anak seorang rakan di Pandan Lake Club...

Dapat sepasang cawan tanpa piring sebagai cenderahati.  Kalau 20 tahun dulu, cawan dan gelas adalah hadiah yang paling popular untuk diberi kepada pasangan pengantin, tapi sekarang keadaan sudah terbalik!

Sepasang cenderahati yang diterima di majlis perkahwinan anak saudara seorang menteri kabinet beberapa tahun lepas.  Rasanya. harga cenderahati ini boleh mengenyangkan perutku di pejabat selama seminggu.

Selepas tengahari...

BS dan BC ingin menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah.  Masuk ke Kompleks Berjaya Time Square.  Pusing-pusing tanpa dapat tempat meletak kereta dan keluar semula setelah membayar harga 'meletak kereta' sebanyak RM3.00!. Terus ke Ampang Avenue.  Ambil 3 tiket untuk tayangan jam 5.30 petang.  Memandangkan telah masuk waktu 'Asar, singgah untuk solat di Surau Ampang Avenue yang berhawa dingin sepenuhnya.
Duduk di baris ketiga dari depan - itu sahaja tempat yang boleh dipilih...

Curi-curi ambil gambar, tapi tak menjadi!

Hampir sahaja aku terlelap dalam panggung, tapi si 'mulut murai' ini tetap mempastikan aku tidak tertidur...

Menjelang malam...

Suamiku menjemput kami selepas habis tayangan.  Singgah semula di Surau Ampang Avenue untuk solat Maghrib.  Kemudian terus ke Tesco Ampang untuk makan malam atas tanggungan Along...

Sebelum balik ke rumah, layan BS ni main dulu.  Huh! kalau dah anak bongsu, nak masuk 10 tahun pun macam baru 5 tahun...
 





Sabtu, 25 Disember 2010

Kerana aku semakin di mamah usia...


lalu kurasakan rancangan itu terlalu hambar - langsung tidak dapat menarik perhatianku walaupun telah kucuba 'mendengar tanpa memandang'... dan akhirnya aku terlena!



Jumaat, 24 Disember 2010

Sakit hati tak...

.. bila kita bercakap, orang buat tak tahu dan buat tak peduli.  Mungkin dalam senyap dia tutup telinga.  Tambahan pula, orang itu bukan orang lain... tapi, anak kita sendiri??? Mungkin agaknya ini balasan sebab dulu kita pun selalu tak dengar cakap mak....



Tiba-tiba rasa ngilu di geraham....

Jangan cakap kuat-kuat, ya?  Bila gigi dah ngilu ni, dengar orang bercakap pun rasa rimas!