Kawan-kawan kakcik

Isnin, 2 Ogos 2010

Kuala Lumpur - Kota Kinabalu (Bhg. 3)

28/07/2010

Peserta telah diingatkan supaya bersiap sedia pada jam 6.00 pagi.  Semua akan berkumpul di Dataran Kinabalu Park dan sarapan pagi di Balsam Restaurant.  Semua beg pakaian yang tidak perlu dibawa mendaki, ditinggalkan dalam dua buah pacuan empat roda. (Akulah yang akan 'menjaga' beg-beg itu nanti).  Selepas sarapan, peserta diangkut dengan bas perantara ke Pondok Timpohon untuk memulakan pendakian.

Mr Bob dalam pakaian untuk mendaki - 
3 lapis baju dan dua lapis seluar trek

'Bekalan' yang disediakan oleh Sutera Sanctuary Lodge.  
Mr Bob tak bawa bekalan ini bersama
kerana tak mahu menambahkan beban - jadi, akulah yang ambil. :)


Taklimat ringkas bersama para pengiring (guide) 
sebelum bertolak ke kaki gunung

bergambar di Pondok Timpohon sebelum memulakan pendakian.


Setelah semua peserta 'pergi', tinggallah aku termangu-mangu (huhuhu...).  Nasib baiklah ada beberapa orang urusetia dari Bernas Sabah yang tinggal (perempuan hanya seorang).  Dengan merekalah aku menumpang kasih  bicara.  Aku kemudian dibawa ke tempat penginapan yang baru (masih di Kinabalu Park) yang ketinggiannya lebih 1500 meter dari aras laut.  Semua beg-beg yang ditinggalkan dipunggah ke bilik ini.


Peak Lodge 3 - mempunyai 2 bilik, ruang tamu yang luas 
dan dapur - tapi cuma ada satu bilik air. 
Kadar sewanya lebihkurang RM600 - RM700 semalam.
Bilik dengan katil dua tingkat tiada siapa duduk 
(kalau ada aku tak  ambil tahu..hehehe)
Ada disediakan TV dengan saluran Astro - tapi hanya ada saluran 
AXN, HBO, CNN, Discovery  dan Dua Saluran Radio - 
TV1,2,3,7,8,9 mahupun Astro Ria - tak ada...
Deretan beg-beg yang perlu 'dijaga'


Lebihkurang dua @ dua jam setengah selepas para peserta berlepas, pihak urusetia menerima panggilan mengatakan ada sepasang suami isteri tak mahu meneruskan pendakian.  Kami (aku dan urusetia) tertanya-tanya apakah musibah yang telah menimpa.  Sebuah pacuan empat roda dihantar untuk menjemput peserta berkenaan.  Rupa-rupanya, hanya isteri yang tak mahu meneruskan pendakian (menurutnya dari awal dia sentiasa berfikiran negatif dan tidak berminat untuk terus naik!).  Hehehe.. rahmat juga bagiku.  Akhirnya aku punya teman!  (Urusetia perempuan itu rasanya tidak SHERASHI denganku yang peramah ini kerana dia terlalu pendiam ).

Bergambar dengan LEEN sebelum para peserta berlepas.  
Rupa-rupanya, dia memang JODOHku. :)


*** bersambung lagi selepas ini..




Jijik dan menyedihkan..

Kakcik rasa penting untuk berkongsi emel yang kakcik terima ini.  Jadi, catatan ini tiada kena mengena dengan lawatan ke Kota Kinabalu.




Ahad, 1 Ogos 2010

Kuala Lumpur - Kota Kinabalu (Bhg 2)

Tak sempat nak sambung catatan semalam kerana kesuntukan masa.  Pergi Majlis Perkahwinan di Kg. Melayu Kepong - balik ke rumah, kemudian ke rumah mertua di Teluk Intan.  Sampai ke rumah semula jam 12.00 tengahmalam.


27/07/2010
  
Setelah semua peserta sampai di KKIA kami terus menaiki bas menuju ke Pejabat BERNAS Telipok untuk jamuan makan tengahari.  Dari KKIA ke tempat ini mengambil masa lebihkurang satu jam.  Di sini, aku berpeluang menjamah buah bambangan yang dijadikan hidangan.  Memang sedap.

Selepas menjamu selera, kami terus dibawa ke tempat penginapan di Sutera Sanctuary Lodge (Kinabalu Park) - klik untuk maklumat lanjut.  Perjalanan mengambil masa lebihkurang sejam setengah.  Bagaimanapun, sebelum sampai ke tempat penginapan, kami singgah sebentar di Pekan Nabalu untuk menikmati pemandangan dan juga untuk membeli cenderamata (selepas ini anggota rombongan tidak berkesempatan lagi untuk membeli apa-apa kerana kesuntukan masa). Harga barang-barang yang dijual di sini memang mahal - jadi, kenalah pandai tawar menawar hingga 50 ke 60% dari harga asal.


Walaupun telah dibekalkan dengan tongkat besi boleh laras, ramai juga peserta membeli tongkat kayu untuk mendaki nanti dengan harga RM3.00 sebatang.  Dari Pekan Nabalu, kami terus ke Kinabalu Park.   Selepas mendapat kunci bilik, pada jam 6.00 petang peserta di beri taklimat ringkas mengenai pendakian yang akan dilalui bermula esok pagi.  Usai taklimat, hidangan makan malam di sediakan.


Aku dan suami menginap di Hill Lodge 8. Memang selesa dan luas bilik ini.


Lihatlah kain selimut yang disediakan. Berlapis-lapis kerana cuaca yang teramat dingin hingga mencucuk tulang.  Tak perlu guna pendingin hawa mahupun kipas.  Memang menggigil dibuatnya.


Sewaktu 'memunggah' beg pakaian untuk mengambil apa yang perlu, aku amat terperanjat menemui dua batang rokok jenama SAAT yang entah dari mana datangnya.  Puas aku memikirkan tentang kemunculan rokok ini.  Suamiku tidak merokok.  Beg pakaian itu pula, hanya aku yang menggunakannya.  Sebelum ini, aku bawa beg itu ke IPN, Sabak Bernam.  Sewaktu mengemas pakaian di rumah, tiada pula aku perasan kewujudan rokok dua beradik tu.  Takkanlah pula ada orang memasukkannya semasa di lapangan terbang? Ishhhhh.... sudahnya,  rokok itu jadi habuan tong sampah.
*** bersambung lagi di episod seterusnya...