Kawan-kawan kakcik

Isnin, 7 Jun 2010

Integrasi Nasional (Bhg. 3)

30/05/2010

Perjalanan bermula dari Kampung Peliau, Bekenu menuju ke Kampung Spaoh, Daerah Betong.  Perjalanan ini mengambil masa lebih dari sepuluh jam.  Di perjalanan, kami singgah untuk hidangan ringan di pejabat Bernas, Bintulu.

Dari Bintulu,  perjalanan diteruskan ke Sibu untuk makan tengahari.  Perlu diingat, jalan di Sarawak bukanlah seperti di Semenanjung yang punya lebuhraya dan kawasan hentian sebelah/kawasan Rehat dan Rawat (R&R).  Jadi, sesiapa yang perlu ke bilik air, pergilah sewaktu berhenti - kalau tidak, kemungkinan (dan memang terjadi) anda terpaksa mencari perdu kelapa sawit!  Di Sibu, kami makan di Restoran Kasturi (Restoran ini pernah masuk dalam rancangan JJCM kelolaan Maria Tunku Sabri).


Sewaktu dalam perjalanan dari Bintulu ke Sibu, kami sekeluarga sempat singgah di Tokong China (khabarnya tokong ini yang terbesar di Asia Tenggara) sekadar untuk bergambar di luarnya.  Rombongan yang menaiki bas tidak singgah di sini.


Dari Sibu, perjalanan diteruskan ke Kampung Spaoh. 
Ikan buntal - mercu tanda Kampung Spaoh.


Dah nak masuk waktu Subuh... terpaksa bersambung lagilah nanti...

Ahad, 6 Jun 2010

Hidangan Tengahari Ini...

Asam pedas ikan patin


Ikan talapia kukus

Sambal belacan

Telur Dadar

Ayam - diperap dengan sos barbeku dan digoreng

Tiada sayur atau ulam-ulaman sebab tiada peminatnya!

Integrasi Nasional (Bhg. 2)

Selepas makan di Tong Seng Huat, anggota rombongan terus di bawa ke Kedayan Homestay untuk acara seterusnya.  Turut meraikan kami di sini adalah Adun (Pn. Rozie) dan Ahli Parlimen (Hj. Ahmad Lai) kawasan berkenaan serta Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak.  
Di majlis ini, diadakan acara penyerahan bantuan kepada orang miskin, ibu tunggal dan kanak-kanak.  Peserta juga diajar cara-cara membuat kuih tradisi masyarakat di sini iaitu kuih KELUPIS.
Para peserta kemudiannya diserahkan kepada keluarga angkat untuk bermalam dan membuat aktiviti tersendiri sebelum berkumpul semula pada sebelah malam untuk jamuan makan malam dan persembahan kebudayaan.
Disebabkan pagi esoknya rombongan perlu bergerak awal, acara pada malam ini terpaksa dihentikan setakat jam 11.30 malam (walaupun ada anggota rombongan yang masih 'bertandak' sehingga 3.00 pagi).  

30/05/2010 -  Rombongan meninggalkan Kg. Peliau, Bekenu untuk ke destinasi seterusnya.

Sempat lagi suamiku membelek ikan yang ditangkap oleh penduduk setempat


*** Catatan yang kubuat ini adalah catatan serba ringkas - dan hanya memasukkan gambar-gambar yang kufikirkan sesuai...


Bersambung lagi ke Bahagian Ketiga, Insya Allah.