Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 5 Jun 2010

Integrasi Nasional (Bhg. 1)

Seperti yang dijadualkan, program ini akan berlangsung selama 6 hari 5 malam bermula pada 29/05/2010 dan berakhir pada 03/06/2010.  Peserta dari Semenanjung dan Sabah akan berkumpul di Miri sebelum perjalanan dimulakan ke destinasi berikutnya. Para peserta dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor dan Ibu Pejabat (Kuala Lumpur) berkumpul di KLIA sebelum berlepas ke Miri dengan penerbangan pada jam 8.30 pagi.  Aku, suami dan anak-anak tiba di KLIA sebelum jam 6.00.  

Sarapan dan solat subuh di KLIA.  Sebanyak 11 buah kotak yang berisi pakaian yang akan diagihkan kepada para peserta dan juga roti sumbangan Gardenia dibawa bersama.  Itu belum termasuk beg pakaian kami yang bagaikan hendak berpindah!

Sarapan pagi dua beradik ini bernilai hampir RM40 - jadi, WAJIB dihabiskan!

Syukurlah, kapalterbang berlepas mengikut jadual.  Ketibaan kami di Miri, disambut oleh pegawai dan kakitangan BERNAS dari Sarawak.


Para peserta dibawa dengan menaiki bas (aku dan anak-anak menaiki MPV) menuju ke Gudang Beras Tong Seng Huat untuk menikmati makan tengahari sebelum ke tempat penginapan di Kedayan Homestay, Bekenu.

Blogger Cyanamoose sedang menjamah hidangan di Tong Seng Huat.



oopssss! dah maghrib... akan bersambung lagi..



Jumaat, 4 Jun 2010

Kaduk naik junjung

Sebelum dapat sesuatu, punyalah mengendeng.  Kalau boleh, nak tatang atas tapak tangan sepanjang masa. Makan pun, kalau boleh nak tolong suapkan.  Pantang sebut nak apa, sanggup sediakan.  Tapi sedihnya, bila apa yang dihajati telah digenggam, berselisih bahu pun tak ingin dipandang.  Kalau boleh nak disepak buang. Apatah lagi, bila ada bunga (yang belum tentu wangi) mengaburkan pandangan mata.  Lagilah sakit hendak menyapa.  Hendak ditunjukkan, akulah kaduk yang berkuasa.  Kau hanya daun layu yang tak perlu seiring denganku. 

Adatlah - manusia selalu tak sedar diuntung.  Waktu hampir lemas, pada kayu reput sanggup berpaut.  Bila sampai di daratan, pasir yang melekat bagaikan petaka! 

Aku - tak perlu nak berpura-pura mengucapkan terima kasih bila hatiku terluka.

Kembali bersiaran....

Salam semua, kakcik dah selamat sampai ke rumah lebihkurang jam 7.30 malam tadi.  Insya Allah, malam ini kakcik akan bergerak ke Kuantan.  Esok, suami ada mesyuarat di Cherating.  Bila kakcik 'hilang lelah' nanti, kakcik akan bercerita semula dan akan masukkan gambar-gambar.... :)