Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 21 Februari 2020

Tanah Perkuburan Islam Karak...

Anak itik kepunyaan Cik Senah
Itik nila milik Che Yahya
Sedangkan putik gugur ke tanah
Inikan pula nyawa manusia


Batu-batu kecil yang tersusun itu sebagai tanda tapak kubur yang belum berpenghuni


Yang sudah 'berpenghuni', binaan yang dibuat adalah sama bentuk dan ukurannya.


Kerana mati itu pasti, giliran kita akan datang juga nanti.


Tanak nasi sehingga hangit
Akibat leka tidak berjaga
Hidup tidak menongkat langit
Tiba masa kembali juga.

5 ulasan:

  1. dekat rumah saya ni kak. suka kalau lalu sini. indah mata memandang walaupun seram

    BalasPadam
  2. arwah besan saya dikebumikan disini jugak kakcik..

    BalasPadam
  3. Tanah kubur pun dah berubah seiring dengan zaman.
    Allahu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com