Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 17 Januari 2020

Alhamdulillah. Angah sudah sah bergelar suami...

Syukur kepada Allah SWT yang mempermudahkan urusan pernikahan Angah dan Hannah pada hari ini (Jumaat = 17/1/2020).  Tepat jam 9.59 pagi, dengan sekali lafaz, sahlah mereka berdua sebagai suami-isteri.  Lupakan sahaja 'perjalanan yang panjang' sebelumnya.  Yang penting segala yang wajib sudah pun selesai.  Alhamdulillah.


Menandatangani borang.  Kelakar juga melihat Angah menggigil sewaktu upacara akad nikah.

Kamilah ibubapa Hannah sekarang.  Ayah Hannah telah meninggal dan ibunya berada jauh di negara lain.


Pernikahan di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.  Ayah tu sedang menahan sakit kaki tanpa tongkat.

Semoga berpanjangan jodoh kalian hingga ke syurga.  Hidup dalam berkasih sayang berlandaskan aturan agama. Majlis yang mewah tidak menjanjikan bahagia.  Sebaliknya saling sefahaman, tolak ansur, jujur dan tanggungjawab itu yang penting bagi membina rumahtangga yang dirahmati.

10 ulasan:

  1. tahniah kakcik n suami dapat menantu lagi...
    tahniah buat angah dan isteri, selamat pengantin baru...

    muka hannah ni macam dana biasa tengok la kakcik, cuma tak ingat kt mana... sapa lah yang tak mengigil nk akad nikah kakcik, berdebar semua ada... nk tukar status, nk pikul tanggungjawab bukan perkara mudah

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..
    semoga pasangan pengantin baru ni dapat menjalani alam perkahwinan dengan sabar, hadapi dugaan yang mendatang dengan tenang..jangan tergopoh-gapah mengikut hati.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah tahniah untuk pasangan pengantin baru ^_^

    BalasPadam
  4. Syukur.Alhamdulillah.Tahniah kakcik sekeluarga menerima anggota keluarga baru.Moga angah dan isteri terus mengimarahkan rumahtangga yang dibina dengan mencari redhaNYA.

    BalasPadam
  5. Tahniah kakak dapat menantu. semoga kekal ke anak cucu.

    BalasPadam
  6. Tahniah KC dan suami dapat menantu
    Tahniah juga buat mempelai

    BalasPadam
  7. Tahniah buat kakcik sekeluarga terima menantu.
    Pasangan pengantin sama cantik sama padan semoga bahagia hingga ke syurga.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. Tahniah untuk mak dan ayah bob.
    Tahniah juga untuk Angah dan pasangan.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com