Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 29 November 2019

Kalaulah anak-anak tahu...

...tentang resah hati seorang ibu :

anak pulang lewat - ibu sukar melelapkan mata

anak tidak sihat - ibu berdoa sakit itu pindahkan padanya

anak ingin makan - ibu gelisah andai tak dapat siapkan

anak rapat dengan kawan - macam-macam juga yang ibu fikirkan

anak hanya tahu meminta - ibu kesal kerana dia tak kaya

anak enggan bekerja - ibu nasihat bukan kerana penat membela

anak meninggi suara - ibu fikir salah silap masa lalunya

anak ingin bebas - ibu berdoa agar Tuhan memberi belas

anak dalam kesempitan - ibu berusaha memberi bantuan 


pelbagai lagi yang ibu rasakan, namun anak buat-buat tidak perasan...


7 ulasan:

  1. Macam tu la perasaan bila jadi mak kan. setiap masa dan ketika pikir tentang anak anak.

    BalasPadam
  2. Mcm tu la kita ni kakcik..
    tak kira la berapa usia anak pun...tetap kita ingin mengambil tahu segala keperluannya..

    BalasPadam
  3. Bila anak dah ada anak barulah dia faham kakcik

    BalasPadam
  4. Memang mcm2 dalam kepala kita mak2 kan kakcik.. Moga anak2 kita semua berjaya dunia akhirat, sentiasa dlm lindungan Allah

    BalasPadam
  5. rindu mak... walaupun baru je balik kg.. hati tetap rindu huhu. done follow kakciknurseroja..

    BalasPadam
  6. Ya Allah, bila dah jadi mak baru sedar diri kak cik. dulu2 tak rasa apa yang ibu rasa, sekarang baru saya tahu macam mana perasaan jadi ibu. walaupun anak masih kecil, bila sakit demam ibu laa yang tak lena tidur.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com