Walaupun ada beberapa restoran Mamak yang terkenal di Teluk Intan dan menjadi persinggahan wajib sesetengah orang yang datang, tapi suami dan anak-anak tahu bahawa makcik kurang berminat dengan makanan Mamak.
Oleh kerana itu, seboleh-bolehnya kami akan mencari restoran atau kedai makan yang menyediakan makanan / masakan ala kampung atau restoran Melayu.
Antara restoran yang sering kami suami-isteri singgah jika ke Teluk Intan adalah Restoran Udang Galah.
Gambar dari arkib Pakcik Google :
Bila singgah di restoran ini, makcik memang jadi rambang mata dan rambang selera. Tak tahu nak pilih hidangan yang mana. Tapi memanglah makcik tak ambil lauk udang galah. Makcik lebih tertarik kepada hidangan sayuran kampungnya yang pelbagai. Masak lemak rebung, masak lemak pisang muda, masak lemak pucuk paku @ pucuk ubi serta macam-macam ulam-ulaman segar. Ikan juga ada macam-macam - keli, patin, kembung, cencaru. Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal...
Pergi pada waktu tengahari, pelanggan memang memenuhi restoran ini. Jadi pilihlah cepat-cepat ikut selera dan dapatkan tempat makan lalu makanlah dengan berselera... |
Selain restoran ini, ada satu restoran yang terletak di tepi jalan iaitu di Taman Cicely. Tak ingat pula makcik nama restorannya. Makanan di sini juga sedap dan murah. Restoran ini rasanya buka pada waktu malam sahaja...
Makanan ala Thai yang kami pilih. Alhamdulillah. |
Sarapan pagi di sebuah warung yang kami 'terjumpa secara tak sengaja' di Teluk Intan :
Mee kicap pilihan pakcik... |
...dan mee kari pilihan makcik. |
semuanya sedap2 kakcik... dana tak pernah lagi lepak2 area teluk intan... teringin ke sana, katanya banyak makanan yang best, mee kicap kt sana antara yang best rasanya
BalasPadamsedap2.. saya sendiri pun kalau ke kedai makan, lebih tertarik pada sayur2nya.. daripada ayam2 or ikan2 ni.
BalasPadamBila banyak pilihan sayuran tu yang buat bertambah selera..
BalasPadamwahh laju je masuk sini nampak Teluk Intan tadi kakcik, udang galah tu kat simpang padang speedy tu rasanya, ana sendiri tak pernah makan lagi kak cik, dan yang kat taman cicely tu Aroma Keladi, memang boleh tahan gak menu kat sana. Dekat sangat dah dengan rumah ana ni kak cik hehe :)
BalasPadamYaya pun tak boleh pergi dengan makanan mamak.
BalasPadamKene je lauk pauk yang kakcik ambik..nampak sedap!
Tak pernah sampai Teluk Intan ni. Makanan kat situ sume nampak sodap.
BalasPadam