Kawan-kawan kakcik

Selasa, 27 Ogos 2019

Ibu Mertuaku...

Usianya kini (mengikut kad pengenalan) sudah 91 tahun.  Tapi mak kata, usianya sudah 100 tahun.  Mungkin juga, sebab dulu-dulu memang ada masalah lewat mendaftar kelahiran dan sebagainya, kan?

Badan mak sekarang memang sangat lemah.  Hanya tinggal kulit dan tulang.  Sedih sangat melihat keadaannya yang bagai tiba-tiba (dalam beberapa bulan kebelakangan ini) hilang upaya.  Bercakap juga sudah antara dengar dan tidak...

Dalam seminggu, sudah dua kali mak dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Ampang kerana mengadu sesak dada dan sukar bernafas.

22/08/2019 - 11.00 malam.  Selepas beberapa jam di wad kecemasan ini, mak di benarkan balik.

22/08/2019 - 11.00 malam.  Kali ini bila adik ipar menelefon sambil menangis memberitahu keadaan mak, aku dan suami bersama bangcik bergegas ke rumah adik ipar.  Sampai di sana, aku buat keputusan menelefon ambulans.  Anggota paramedik datang dan membuat rawatan ringkas sebelum membawa mak ke hospital dengan menaiki ambulans.

En Suami bersama mak
Mak ada 12 orang anak yang masih hidup semuanya - 6 lelaki dan 6 perempuan.  Buat masa ini, mak bergilir-gilir tinggal bersama keluarga dua orang anaknya - seorang anak lelaki dan anak perempuan bongsunya.  Aku tabik dengan keluarga kedua adik iparku itu.  Mereka menjaga mak dengan sangat baik dan penuh kasih.  Anak menantu yang lain akan menziarahi mak di dua buah rumah tersebut mengikut di mana mak berada.

Aku sendiri tidak mampu hendak menjaga mak kerana kesihatanku juga tidak begitu stabil.  Suami pula masih bekerja.  Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kedua keluarga adik iparku itu.  Semoga juga Allah mempermudahkan segalanya buat mak.  Aamiin...

9 ulasan:

  1. Semoga allah permudahkan buat ibu mertua mak...mak SA pun kadang- kadang tak sihat..sekarang abah SA plak dah mula sakit2

    BalasPadam
  2. moga mil kakcik di beri kesihatan yg baik spt sediakala

    BalasPadam
  3. allahuakbar. moga dipermudahkan akak sekeluarga. moga makcik diberi kesihatan yg baik :)

    BalasPadam
  4. Tiba-tiba teringat arwah nenek. Rindunya..

    BalasPadam
  5. smoga dipermudahkan urusan mak abg bob...12 org adikberadik ye

    BalasPadam
  6. Aamiin.Moga setiap urusan akak..adik-adik ipar dan biras akak serta mertua akak dipermudahkan Allah SWT..aamiin.

    BalasPadam
  7. Panjang umurnya
    Semoga dipermudahkan urusan perawatan dan penjagaannya.

    BalasPadam
  8. Sedih baca, teringat pulak kat arwah uwan/nenek Mrs. A

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com