Alhamdulillah, di hari ulangtahun kelahiranku yang ke 58 pada 24/8/2019, dapat memenuhi undangan blogger Datin Azilah (Makchaq) ke majlis menyambut menantu beliau yang ke 3.
Jam 12.00, aku dan suami ke Bandar Baru Bangi dengan niat untuk menunaikan solat Zohor di kediaman Dato' Dr Prof Abdullah Al Hadi dan Datin Aishah. Kami sudah berjanji dengan Dato' dan Datin untuk membawa mereka bersama ke majlis Makchaq memandangkan Dato' dan Datin tidak boleh memandu dalam jarak yang agak jauh.
Kerana jalan yang sesak, kami tiba di kediaman Dato' sudah jampir waktu Zohor. Ida Mahmud (dulu blognya Nyanyi Sunyi) juga ingin menumpang kami kerana beliau 'tak berani' memandu jauh. Jadinya, kami pergi berlima.
Sewaktu tiba, memang jemputan sudah ramai. Ada orang-orang terkenal juga memandangkan Pakchaq adalah seseorang yang berkedudukan penting dalam sebuah jabatan kerajaan...
Kami tidaklah lama di sana dan aku juga tidak seperti biasa suka mengambil gambar sana sini. Tidak banyak gambar yang ada. Gambar di bawah ada yang aku ambil (dengan izin) dari facebook Hajjah Azwa Kamar...
Gambar dari Hjh Azwa |
Gambar dari Hjh Azwa juga. Bersama Makchaq. Lihatlah betapa 'sihatnya' tubuh badanku yang menjadi-jadi naiknya selepas Hari Raya tempohari walaupun makan tak banyak mana... |
seronok nya kakcik dpt jumpa kwn2, lagi best bila pergi beramai2 dlm satu kereta
BalasPadammasing2 dh kenyang, di belanja pun dpt abiskan air je...
Bestnya dapat jumpa semua
BalasPadamacu tak pergi semalam sebab ke rumah anak sedara
kakak datang dari kampung
macam reunion bila kawan-kawan berjumpa.
BalasPadamSelamat ulangtahun kelahiran ke-58
BalasPadamMuda lagilah KCS