Kawan-kawan kakcik

Selasa, 13 Ogos 2019

Apa itu SAKA?...

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Jin Ayat 6 yang bermaksud...

“Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan…”

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tanda-tanda seseorang yang mempunyai SAKA, boleh klik pautan ini :  https://mediamaklumat.com/tanda-tanda-seseorang-itu-mempunyai-saka-sila-ambil-tahu-untuk-pengetahuan/

Generasi sekarang mungkin kurang pengetahuan atau tidak tahu langsung tentang kewujudan SAKA ini.  Ia lebih diketahui sebagai 'sesuatu yang mendampingi seseorang' (seseorang ini biasanya orang paling tua dalam sesebuah keluarga) sehingga orang itu mungkin dilihat sangat kuat dan bertenaga walaupun sudah lanjut usia.  Satu hal lagi, SAKA biasanya dikaitkan bila seseorang itu sangat sukar hendak meninggal dunia walaupun sudah sekian lama terlantar (nak kata sakit, memang nampak sakit tapi kadangkala masih 'banyak kehendak' dan masih kuat makan).  
Bagi penjelasan lebih lanjut tentang SAKA - gejala, pewaris dan sebagainya klik PAUTAN INI.   Mungkin ia dapat memberikan gambaran tentang apa yang bermain di fikiran kita tentang SAKA.

Apa yang wujud di dunia ini semuanya dengan izin Allah.  Tiada yang lebih berkuasa dari DIA.  Dari DIA kita datang, kepadaNYA kita kembali.  Yang penting kena ada usaha dan yakin kepadaNYA.  Setiap yang bermula pasti akan berakhir.  Sekuat mana pun SAKA, pasti akan pergi kerana tiada yang kekal di dunia ini selain dari Maha Pencipta...

Gambar dari :  SINI



6 ulasan:

  1. Betul Kak. Generasi sekarang kurang tahu akan hal ini namun tidak mustahil generasi sekarang menjadi mangsa tanggung akibat turun temurun yang dia sendiri tidak tahu dan tidak mahu. Saka sentiasa mencari waris dan mangsa.

    BalasPadam
  2. Mudah2an kita tidak terlibat dengan amalan khurafat ini

    BalasPadam
  3. Kadang-kadang mereka sendiri (generasi selepas-selepas nenek moyang tu) pun tak tahu yang dia ada saka.

    BalasPadam
  4. salam singgah sini, selamat hari raya aidiladha

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com