Membaca tentang KES BUNUH ZULFARHAN, tanpa sedar airmataku meleleh keluar. Sedih membayangkan betapa siksanya keadaan Allahyarham sebelum nyawanya berpisah dari jasad 😢😢.
Walaubagaimanapun, ketika ini dengan izin Allah Yang Maha Penyayang, mudah-mudahan roh Allahyarham sedang berbahagia di syurgaNya. Salam takziah untuk ibu ayah dan adik-adik Allahyarham. Hati siapa yang tidak sedih dan sakit bila kejadian begini menimpa. Namun, waktu tidak akan berpatah kembali...
Kepada 'rakan-rakan' yang telah menganiaya Allahyarham, bagaimana pula masa depan kalian? Hanya Allah juga Yang Maha Mengetahui. Bagaimana pula perasaan ibu ayah dan keluarga kalian? Agama dan negara kita ada undang-undang yang jelas. Setiap kesalahan pasti ada hukumannya. Tapi dek kerana kadangkala kita lebih suka menggunakan 'undang-undang sendiri', maka padahnya kenalah juga ditanggung sendiri.
Nasi yang menjadi bubur, InsyaAllah masih boleh dimakan. Tapi nasi yang hangit dan rentung, dicampak ke tanah, ayam pun tak sudi hendak menjamah...
Damai dan tenanglah di sana, anakanda Zulfarhan Osman Zulkarnain.
...masih tertanya-tanya juga, apakah khabar dan nasib Acap (Mohammad Ashraf Hassan)...
dana tak boleh baca kes kronologi arwah ni, mesti nangis kakcik... tengah2 baca sedar2 meleleh airmata, tak boleh di gambarkan seksanya arwah masa sebelum ajalnya di seksa sebegitu. Takkan hanya kerana laptop manusia perlu di seksa dan dibunuh sedemikian rupa.
BalasPadamkalau sebut pasal kes zulfarhan ni semua orang pun sedih:'( btw saya follow sini yang ke #1169 mind followback jika free ya :)
BalasPadamhttps://sayesyadiya.blogspot.com
Mahkamah akan tentukan nasib studen geng 18 ni
BalasPadamSatu kerugian yg besar bukan saja pada famili tetapi pd agama,bangsa dan tanah air. 19 tenaga anak muda tersia sia begitu saja. 19 future generasi terlenyap .Rugikan.
BalasPadamApa pun alasannya..kerana laptop kah..kerasa rasa iri hati kah..menzalimi itu salah.Tetap salah apatah lagi hingga menyebabkan kematian.Ya,ajal dan segenap yang terjadi telah Allah tentukan tapi bukankah Allah beri akal dan iman untuk mempertimbangkan perbuatan atau tindakkan.Sungguh kak..bila baca kisah ini rasa terkilan dan sedih sangat.Secara tidak langsung banyak pihak terpalit dan dipandang serong oleh masyarakat.Terbuka aib dan kepincangan di mana-mana.Allahu.Keadilan yang dicari tanpa lunas hukum agama dan undang-undang negara buruk padahnya.
BalasPadamTak boleh nak bayang perasaan mangsa, dilakukan demikian oleh rakan sendiri... Tergamaknya merek
BalasPadammengalir air mata tiap kali baca kisah arwah Zulfarhan tanpa sedar. Sedih dengan cara kematian, kerinduan yang ditanggung keluarga terutama mak ayah dan adik-adik. Marah dengan sikap geng 18, ternanti-nanti dengan keputusan yang bakal mahkamah putuskan. Semoga arwah tenang disana, tak tahu macam mana arwah kuat bertahan. Allah.... sedih
BalasPadamUndang-undang ala tentera, tidak ada istilah dianiaya. Bukan Zulfarhan sahaja, ramai lagi anggota keselamatan negara yang mengalami nasib yang sama tapi tidak ada sebarang pembelaan selagi tidak menjadi kes kecederaan yang serius atau pun kematian.
BalasPadammemang sedih kalau bayangkan
BalasPadambetapa siksanya arwah kena siksa dan menahan sakit.
lagi la tak tergambar perasaaan mak ayahnya.. sayu hati mengenangkan..