Sudah
11 Syawal hari ini. Pasti ramai yang sudah selesai mengerjakan Puasa 6 di
bulan Syawal.
"Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Sesiapa yang
berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya
adalah sama seperti puasa sepanjang tahun.
Dalam hadis riwayat daripada Abu Ayyub Al-Ansari itu juga
menyebut, puasa enam pahalanya sama seperti puasa penuh setahun, namun dengan
syarat kita telah melengkapkan puasa sebulan Ramadan terlebih dahulu.
Antara kelebihan lain buat kita yang mengamalkan puasa sunat
enam ini ialah ia melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa
wajib bulan Ramadan."
Atas
sesuatu sebab yang Allah turunkan, makcik baru berkesempatan berpuasa sebanyak
3 hari. InsyaAllah akan bersambung minggu depan sekiranya tiada aral
mendatang.
Mudah-mudahan
Allah SWT memberikan keizinan untuk kami bersama dalam tempoh yang lebih lama
lagi. Susah senang bersama dan saling melengkapkan kehidupan di dunia
ini. Sakit yang dialaminya beberapa hari lepas membuatkan aku rasa
'takut'.
Eh...
tajuknya DUIT RAYA. Tapi lain pula kisah yang dicoretkan. Iya,
tentang duit raya... Tahun ini makcik ada menerima pemberian duit raya dari
menantu, adik ipar bongsu dan juga dari Tn Haji Amir Hassan pengasas Denaihati Network (makcik tak tahu bagaimana
beliau memilih penerima duit raya tersebut). Jumlah kesemuanya, walaupun
tidak beribu, tidaklah juga hanya RM5.00😛. Yang penting keikhlasan
mereka yang memberi dan rasa syukur kita yang menerima.
Makcik
juga tidak menyediakan langsung pemberian duit raya walaupun untuk cucu makcik
yang hanya dua orang itu. Sebab itu juga, makcik 'takut' hendak menerima
tetamu dari kalangan kanak-kanak. Tetapi dengan anak-anak saudara, makcik
berterus terang bahawa makcik tidak menyediakan sebarang duit raya.
Bagaimanapun, menantu dan anak-anak yang bekerja ada menyediakan sedikit duit
raya buat sepupu-sepupu mereka 'yang di bawah umur'. Alhamdulillah.
Sepatutnya
di hari raya, anak-anak diajar untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan
bukan datang berziarah untuk mengumpul duit raya, kan? Sudahlah begitu,
nanti nilai duit raya juga dijadikan bahan gurau senda dan perbandingan yang
tidak sihat. Eloklah kita mula mengajar anak cucu tentang nilai saudara
dari nilai kebendaan semata-mata...
Duit raya itu penyeri setiap Syawal..sebenarnya di luar Syawal pun andai ada rezeki tetap juga memberi.Tapi syawal lebih sangat-sangat diharapkan oleh kanak-kanak..ada yang terima bila diberi..ada yang meminta sebelum diberi..ada yang meminta-minta walau tidak diberi..macam-macam sebenarnya..ada yang kisah dengan jumlah..ada yang tak kisah dengan jumlah asal duit raya dah senyum simpul dia..hehehe..macam-macam keletah..itulah warna warni hari raya selain warna baju yang berwarna warni.
BalasPadamDah jadi tradisi raya kita.
BalasPadamduit raya ni buat kanak-kanak happy. tu je.
BalasPadamdi samping kita ni bersedekah. dgn ikhlas. in shaa Allah :)
duit raya anak-anak aida dah pun selamat aida collect.
cash nyer aida amik. sebab aida akan transfer amaun tu dari akaun aida ke akaun saving diorang.
happy anak-anak aida kira duit raya memasing.
Izzat yg kecik tu pun heboh nak kira :)
Duit raya beri sekadar mampu yang penting ikhlas.
BalasPadamTak perlu ikut-ikut orang kan Kak