Kawan-kawan kakcik

Isnin, 10 Jun 2019

Salam Syawal...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang masih sudi singgah di sini.

Sekejap sahaja hari ini sudah Isnin 10/6/2019 bersamaan 6 Syawal 1440.  Kepada yang bekerja, selamat bekerja.  Kepada yang masih bercuti, selamat bercuti.  Kepada yang berpuasa, selamat berpuasa.  Kepada semua, selamat sejahtera.  Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih Ilahi.  

Hari Raya bagi keluargaku, biasa-biasa sahaja.  Sejak kedua orangtuaku tiada lagi, bermakna tiadalah istilah 'balik kampung' bagi kami.  Sebagai kakak sulung, rumahku tempat kami adik-beradik berkumpul.  Kedua-dua adik perempuanku juga sudah tiada mertua.  Tapi adik-adik lelaki balik ke rumah mertua mereka.  Seorang (bersama keluarga) balik ke Kuching, Sarawak.  Seorang lagi (juga bersama keluarganya) balik ke Sabak Bernam.

Asalnya untuk tahun ini, aku telah memberitahu En Suami 'kita pakai sahaja baju yang ada'.  Bagi duit untuk dua anak bujang untuk mereka membeli pakaian mengikut apa yang mereka suka (tapi duit itu akhirnya mereka gunakan untuk tujuan lain 😒).  Bila menantuku bagi sejumlah wang, aku ubah fikiran.  Aku gunakan wang itu untuk membeli baju Melayu sepasang seorang buat suami dan tiga anak bujang (sepasang cuma RM99.00).  Alhamdulillah.  Cukup-cukup duit yang menantuku bagi (termasuk bayaran letak kereta 😆).  Kami memilih warna biru.  Bukan biru yang sama untuk setiap orang, tetapi biru gelap yang seakan-akan sama...

 Serba biru... Qaid dan Zayyan pakai baju koleksi

 Tiga generasi


  2 Syawal 1440 di Sabak Bernam

Tahun depan, entah akan bertemu Ramadan dan Syawal lagi, hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

8 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Kak Cik..

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya Kakcik..Maaf Zahir Batin..Syawal kali ni dua orang kerabat PC kembali kepada-NYA..seorang malam syawal..seorang pagi syawal pertama..sebak sendiri..memikirkan masih ada rezeki lagikah untuk PC dan keluarga bersama-sama merai ramadhan dan syawal 1441H nanti.Moga Allah sentiasa limpahkan rezeki untuk kita semua.Aamiin.

    BalasPadam
  3. Salam lebaran
    Maaf zahir batin
    Lawo membiru

    BalasPadam
  4. Salam Lebaran, maaf zahir batin dari Sis ..

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya Minal Aidil Walfaizin.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com