Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 15 Mac 2019

Bakal 'Abang Bomba'...

Khamis = 14/3/2019 :  keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2018 diumumkan.  Anak bongsuku salah seorang dari calon peperiksaan tersebut.  Aku sedia maklum bahawa pencapaiannya dalam bidang akademik memang sangat sederhana.  Oleh itu aku dan suami tidak  meletakkan harapan yang tinggi bahawa dia akan mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Apabila dia mengambil keputusan, Alhamdulillah.  Dari 8 mata pelajaran yang diambil, dia hanya gagal subjek perniagaan.  Yang lain semuanya lulus walaupun bukan dengan A yang berderet.

Ditanya apa yang dia ingin lakukan selepas ini, katanya dia ingin memohon untuk menjadi anggota bomba.  Itu memang minatnya.  Di sekolah pun dia menyertai pasukan kadet bomba.  Tapi, ayahnya punya perancangan yang lain.  Biarlah dia sambung belajar dahulu.  Setidak-tidaknya hingga ke peringkat Diploma.  Bukan lama pun, cuma tiga tahun sahaja lagi.

Selagi kami sebagai ibubapanya mampu, kami akan tanggung untuk dia terus belajar.  Selepas itu pandai-pandailah untuk dia mengatur hidup asalkan tidak tersasar dari jalan yang diredho Ilahi. Anak yang satu ini memang sangat berdikari.  Walaupun  sesekali dia masih meminta wang belanja bila hendak keluar, tapi dia juga pandai 'mencari' wang sendiri dengan bekerja sambilan di sana sini.  Duit yang dia dapat, dia gunakan untuk membeli keperluannya seperti pakaian atau digunakan untuk 'membega' motorsikal ayahnya sehingga siayah tak boleh nak kata apa.  Dilarang pun dia buat juga...

Teruskanlah Adik.  Mak dan ayah tetap doakan agar apa sahaja cita-cita yang baik akan Allah permudahkan untuk Adik mencapainya.

Sejak habis SPM dan dia bekerja sambilan, badannya sudah makin kurus sekarang...

Kepada calon-calon yang telah berjaya sama ada cemerlang atau sekadar lulus, diucapkan tahniah.  Kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa.  Masih banyak cabang dan ranting yang boleh dicapai untuk meneruskan kelangsungan hidup.  Berjaya atau gagal, jangan sesekali lupakan DIA yang memegang segala-galanya.  Terus berusaha, berdoa dan tawakkal. Buat apa yang disuruh, tinggalkan apa yang dilarang.  DIA tetap di atas bersama rahmat dan kasihNya.

7 ulasan:

  1. Tahniah. Pandangan hidup yang bijaksana. Semua kita ada tempat di dunia ini. Allah maha adil dan maha kasih sayang. Buat yang disuruh dan RahmatNya bersama. Salam.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.Tahniah adik.Bila adik pilih untuk menjadi bomba itu bererti adik sudah tahu arahnya..minatnya dan mahu acuankan kehidupannya.Sebab ramai lagi bila ditanya lepas SPM nak buat apa jawapannya "entahlah".Sama ada sambung belajar dibidang kemahiran...atau terus ke lapangan kerjaya..moga adik terus menjadi hamba yang taat..anak yang soleh ya.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, tahniah bt si sepet ye kak...

    tak kisahla apa keputusannya spmnya, yg penting dia dh bt yg terbaik... oklah tu cita2 nk jd abg bomba, dh dia minat kan kakcik... cuma yelah study dulu kt mana2 kan

    BalasPadam
  4. tahniah..adik dah usahakan yang terbaik. bagus juga ada diploma..sambil2 buat diploma fitkan badan untuk apply bomba.

    BalasPadam
  5. Tahniah utk anak KC. Dah lega kan KC bila result dah keluo ni. Tak delah kita asyik suspen je...
    Untung untung nanti jadi pelakon macam Hisham Hamid...hihi

    BalasPadam
  6. Tahniah
    Semoga cita2nya akan terlaksana.

    BalasPadam
  7. tahniah!
    segak ank bujang beruniform

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com