Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 14 Disember 2018

Wabak dari Malaysia?...

...agak-agaklah kan?  Sudah hampir 60 tahun makcik hidup di bumi Malaysia ini, rasa belum pernah makcik dengar atau lihat penyakit KAYAP menjadi satu wabak yang menular dengan cepat dan menyebabkan beberapa kematian dalam waktu yang singkat...

Gambar-gambar di bawah ini makcik rakam dari drama The Good Doctor Season 2 Episode 10.

Dalam drama ini para doktor juga terdedah kepada jangkitan hingga mereka tidak dapat bertahan.  Mungkin itu caranya mereka ingin mematikan beberapa watak utama.  Tapi kenapa pilih Malaysia sebagai punca datangnya wabak tersebut?  Atau ada tempat lain bernama Malaysia di bumi ini?

Sebagai warga Malaysia, makcik memang terasa hati bila orang luar sewenang-wenangnya mengaitkan sesuatu yang tidak baik dengan negara ini. 😒😒




7 ulasan:

  1. Allahu..ni menganggu sensitiviti kita ni.

    BalasPadam
  2. Ini akan mengganggu jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia.

    BalasPadam
  3. lawak,kelakar tp berpada2 lah...adakah ini satu propganda pihak tertentu..

    BalasPadam
  4. hanya sekadar cerita
    Tapi kenapa guna nama negara kita sebagai punca penyakit.

    BalasPadam
  5. effect tourism industry ni.

    akak, mentioned kat atas ni yr blog also not secure tau.

    BalasPadam
  6. ampeh betul lah yg bt filem or drama tuh... memburuk kan nama malaysia lak

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com