Kawan-kawan kakcik

Khamis, 20 Disember 2018

Salam Terakhir...

Masih lagi hati dan perasaan ini sebak dan sedih bila terkenangkan Muhammad Adib.  Sayu dan pilu sukar digambarkan walaupun dia bukan siapa-siapa dalam hidup makcik.  Dan tak semena-mena juga, lagu dendangan Allahyarham Sudirman ini bagaikan terngiang-ngiang di minda...

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya


Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Dari Allah kita datang, kepadaNya juga kita kembali.  Sesaat tidak cepat dan sesaat tidak lambat.  Cuma cara kembali tidak akan dapat kita duga...

Tenang dan damailah Muhammad Adib bin Mohd Kassim dan semua yang telah kembali ke pangkuan Ilahi.  Semoga roh kalian ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.  Kami yang masih hidup ini bila-bila masa sahaja akan dipanggil kembali juga...

5 ulasan:

  1. walaupun kita bkn sedara mara tp tetap terasa yek kakcik
    kisah dia tu yg sedih, dia nk membantu tp disalah sangka dipukul sampai separuh nyawa, dia berjuang selama 3 minggu tp Allah lebih sayangkan dia

    BalasPadam
  2. semoga si pelaku mendapat balasan setimpal..

    BalasPadam
  3. mmg sedih sangat...bertambah sedih bila malaysia dah makin hilang rasa kecintaan sesama rakyat malaysia sendiri..

    BalasPadam
  4. Sedih dengan pemergiannya...kecewa dengan sikap pelakunya..namun redha itu jalan yang telah sedari awal DIA tentukan.

    BalasPadam
  5. semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang dikasihi. insyallah.. bahagia dia disana..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com