Kawan-kawan kakcik

Rabu, 5 Disember 2018

2018...

dua ribu lapan belas
datang dan berlalu tanpa belas
banyaknya beban terpaksa kugalas
hingga bahuku melecet dan melelas

lekaslah dikau berlalu
bawa bersama segala perit dan lukaku
hampir sahaja aku tak mampu
menyusuri jalanmu yang penuh berliku

bukan sedikit airmata
mengalir dalam senyap mahupun nyata
namun aku masih mampu berpura-pura
bagai insan yang gagah perkasa

luka hatiku bukan sedikit
menjadi gunung yang asalnya hanya bukit
ada ketika bagaikan ingin menjerit
walau tekakku parah terluka dan perit

bukan banyak yang aku mahu
hanya kehidupan yang sekadar mampu
tapi bila semuanya tersepit di pintu
jalan manakah yang harus kutuju

dalam resah dan serba buntu
bukan tiada yang datang membantu
tapi bila mengemis sepanjang waktu
mengaku saudara pun orang naik malu

dua ribu sembilan belas
datanglah dengan corak yang jelas
dukaku tolonglah bilas
agar jalanku tidak terbabas...

7 ulasan:

  1. disamping kisah manis,banyak jugak yg pahit dilalui sepanjang 2018 ni kak cik..

    BalasPadam
  2. Turun naik,bersimpul terlerai..suka duka..menangis ketawa..newah semuanya..untuk PC pun begitu juga Kakcik.

    BalasPadam
  3. inilah hidup..semoga 2019 mendatang hadir dan berlalu bersama warna-warna kegembiraan untuk kakcik..untuk kita semua..amin...

    BalasPadam
  4. 3minggu lebih lagi nak masuk 2019. cepat sangat 2018 berlalu pergi..huhu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com