Sebelum ini makcik lebih banyak mendapatkan rawatan / pemeriksaan kesihatan di klinik / hospital swasta. Bukanlah kerana makcik banyak duit tetapi sekadar menggunakan kemudahan yang disediakan oleh syarikat tempat pakcik bekerja. Tak lama lagi pakcik pun dah nak bersara, jadi eloklah makcik jinak-jinakkan diri menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan pula...
Pagi tadi (Rabu - 31/10/2018), makcik ada temujanji untuk ambil darah di Klinik Kesihatan (KK). Temujanji jam 8.00 pagi (waktu klinik dibuka), tapi makcik minta pakcik hantar pada jam 7.30 pagi...
Walaupun nombor yang makcik dapat nampak agak 'besar', tapi tidaklah lama sangat waktu menunggunya. Lebihkurang satu jam sahaja. Terasa tidak lama sebab boleh memerhatikan pelbagai gelagat yang ada. Tambahan pula layanan dari kakitangan klinik agak mesra dan tidak menjengkelkan.
Sebelum ini, pada hari Isnin (29/10/2018), makcik sudah datang ke klinik yang sama berikutan keadaan kesihatan yang tidak begitu baik. Tekanan darah pada masa itu 168/95. Makcik juga mengadu kepada pegawai perubatan bahawa makcik rasa simptom-simptom 'hyperthyroid' yang pernah makcik alami beberapa tahun lalu, sudah mula terasa kembali.
Berikutan itu, pegawai perubatan (doktor) berkenaan bagi temujanji untuk ambil darah pada hari ini sebab hari Isnin tu makcik dah minum teh tarik sebelum ke klinik. Malam tadi kenalah puasa dari jam 12.00 tengahmalam. Tapi, kalau makcik ke klinik swasta, mereka ambil sahaja darah tanpa perlu berpuasa pun...
Ini bukan catatan berbayar ya... tapi makcik memang puas hati dengan layanan di Klinik Kerajaan sekarang. Cepat dan mesra walaupun pesakitnya sampai tak cukup tempat duduk / ruang. Biasalah kalau ada seorang dua dalam ramai-ramai kakitangan tu bersikap 'macam dia orang penting sangat-sangat dan sibuk sangat-sangat'. Tetapi lebih 90% darinya memang perkhidmatan dan sikap mereka boleh dipuji dan diberi penghargaan. TAHNIAH.
Allahu..moga hyperthyroid kakcik tak aktif lagi..alhamdulillah senang hati dan tenang bila kita datang nak dapatkan rawatan dilayan dengan baik...tak harap karpet merah cukup berbudi bahasa dan berhemah..
BalasPadamYang kita harap adalah layanan mesra yang tidak menambahkan kesakitan, bukan layanan bertaraf 'diraja'... :)
PadamSekarang ramai yang berkunjung ke KK sebab klinik swasta dah mahal.
BalasPadamLayan di KK pun semakin baik dan mesra pelanggan walaupun mungkin fasilitinya tidak sehebat klinik swasta...
PadamSalam KC....
BalasPadamSekarang KK cantik lagi selesa kan KC....Mcm kat kg saya, kalah klinik swasta cantiknya KC
Tak perlah KC, ramai pun ramailah yg penting kita dapat check dan tak kena bayo mahal.
Alhamdulillah...sebagai pesara Kerajaan, kakcik dapat rawatan dan ubat-ubatan percuma di KK dan Hospital Kerajaan... :)
Padam