Kawan-kawan kakcik

Selasa, 25 September 2018

Kisah seekor kucing...


Ada seekor kucing
manja dan jinak bukan main
pantang pintu terbuka 
laju sahaja dia menerpa

kucing ini bukan kami punya
tak tahu datangnya entah dari mana
bila dia mengiau minta makan
tidak pula kami hampakan

tapi kami tak bagi masuk ke rumah
sebab nenek dan cucu menghidap lelah
lagipun nenek bukan jenis rajin
takut nanti terpaksa basuh berak kencing

di luar rumah suka dia nak buat apa
lepak di sini tidur di sana
asal sahaja dia selesa
kami tak ganggu kesukaan dia

begitu juga kita manusia
bila diberi ruang dan peluang
jangan pula terlebih 'mesra'
tidak peduli keselesaan orang
habis semua hendak diteroka
akhirnya diam-diam kita dibuang

4 ulasan:

  1. Sedap pula pantun tu kena gaya maksud mendalam.

    Alahiii! comel kucing tu color kelabu macam ada sekor kucing Mrs. A ni

    BalasPadam
  2. Sedar akan had dan sempadan kerana itu juga menunjukkan adab dan akhlak..

    BalasPadam
  3. Tayang perut gendut si kelabu ni.
    Kadang2 kucing pun reti bahasa ngalahkan manusia.

    BalasPadam
  4. moga murah rezeki kakcik sekeluarga, Aamiin

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com