Kawan-kawan kakcik

Rabu, 11 Julai 2018

Sudah lama tidak berpantun...

Jangan ditarik akar seruntun
biarkan ia matang dahulu
sudah lama tidak berpantun
sesekali menggamit rindu di kalbu

Biarkan ia matang dahulu
bolehlah nanti dijadikan ubat
sesekali menggamit rindu di kalbu
ilham pula kian berkarat

Bolehlah nanti dijadikan ubat
ubat tradisi zaman berzaman
ilham pula kian berkarat
tambahan lagi tidak berteman

Ubat tradisi zaman berzaman
orang sekarang mencari semula
tambahan lagi tidak berteman
bercakap seorang bak orang gila...


6 ulasan:

  1. kenapa la akak ni pandai sangat berpantun...sedap je bunyinya :D

    BalasPadam
  2. Dulu ada seorang boss ni suka sangat berpantun dan pasti saya akan dijadikan mangsa untuk membalas pantun beliau, tapi bila beliau dah bersara, makin lama makin tumpul idea berpantun saya.. huhuhu..

    BalasPadam
  3. orang sekarang mencari semula
    perubatan alternatif semakin meningkat
    bercakap seorang bak orang gila
    jadi amalan segenap masyarakat

    BalasPadam
  4. Minum air sirap selasih
    Sesekali minum teh herba
    Apa yang lama jangan disisih
    Kelak nanti dicari semula

    BalasPadam
  5. Untuk menyahkan kotoran dalaman
    Limau masam bahan utama
    Tak gila bercakap bersaorangan
    Hati lega meluah perasaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. * Tak gila bercakap seorangan
      Hati lega meluah rasa

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com