Sabtu (7/7/2018) - hari ulangtahun kelahiran Angah. Tiada sambutan pun, hanya doa sahaja mengiringi perjalanan hidupnya. |
...memikirkan ada lagi majlis yang akan kami hadiri, makcik ambil makanan seadanya sahaja. |
Kemudian kami ke Putrajaya untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan Abil Fikri Ahmad (Warkah Buat Isteri)... |
...walaupun dalam kad tertulis ketibaan pengantin pada jam 12.30 tengahari, tapi waktu kami tiba pada jam 1.00 petang, pengantin belum sampai. Ambil gambar di sini sebagai bukti sahaja. |
Seterusnya kami ke Taman Medan, Petaling Jaya memenuhi pula undangan rumah terbuka keluarga suami Aizamia... |
...dan di sini makcik hanya mampu minum sirap dan makan sebiji pulut periuk kera ini. Perut sudah penuh... |
Ada bebarapa undangan hari ini. Takdirnya dalam perjalanan, kereta anak menantu yang kami tumpang tertusuk benda tajam dan tayar bocor. Berhenti agak lama di stesyen minyak berhampiran bagi menyelesaikan masalah. Telefon Angah minta datang untuk bawa kami balik dan cadangnya kereta akan ditunda oleh trak penunda. Datang seorang lelaki menawarkan bantuan untuk 'menutup' tayar yang bocor itu (rupa-rupanya kereta yang dibeli anak menantu tiada tayar gantinya). Dengan bayaran RM30.00, tayar yang bocor itu boleh digunakan. Angah bawa balik kereta itu dan kami guna kereta suami yang Angah bawa tadi. Perjalanan ke Bukit Mahkota dibatalkan dan kami terus sahaja ke Bandar Baru Bangi. Rezeki dapat berjumpa kawan-kawan yang sudah lama tidak bersua termasuk Acik Erna dan Dr. Anyss yang comel. |
Bertudung kelabu itulah puan rumah - Dr Hanie yang dulunya seorang blogger tapi entah sudah hilang ke mana blognya... |
Sempat juga bertemu dengan Junaina serta anak gadisnya yang sekarang mengusahakan perniagaan katering secara separuh masa... |
waaaa.. seronok. banyak jemputan. hehe
BalasPadamwow best kan raya ..hihi..
BalasPadamKakcik,saya ke Bukit Mahkota pd hari Sabtu dan ke Batu Muda Ahadnya sebelum balik. Dua tempat yg kakcik sebut rupanya sama mcm agenda saya.
BalasPadamkalau dana awal skit dpt jumpa kakcik kt umah kak Aizamia tuh, minggu terakhir syawal mmg sana sini openhouse ye kakcik, dptlah jumpa kwn2 blogger yg selalu jumpa di alam maya je
BalasPadamTerima kasih kakcik sudi hadir ke majlis kami.. ;)
BalasPadamMaaf di atas kekurangan yang ada.
Seronok ye sana sini makan makan aje.
BalasPadam