Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 12 Januari 2018

Sudah lebih 48 jam hujan turun tanpa henti...

...namanya manusia.
hujan mengeluh
panas pun mengeluh

tapi aku suka cuaca dingin ini
badanku tidak berpeluh
dan aku juga tidak perlu memasang kipas sepanjang waktu

cuma...
eh - perut ini kenapa?
sudah makan, seketika nanti lapar lagi
kain di ampaian kering tetapi dingin
tak mengapa, 
asal jangan berbau masam

semoga hujan itu turun bersama rahmat
semua tempat berada dalam selamat
setiap sesuatu yang Allah jadikan untuk kita beringat
bahawasanya kita tidak berkuasa mahupun berkudrat

mata memang mudah mengantuk
tapi tidur lama-lama pun tidak elok
nanti jadi malas dan terasa macam terlebih gemuk
hendak bangun tapi tersengguk-sengguk...


8 ulasan:

  1. Betul kak...hujan lebat berterusan..dingin..tapi bila keluar rumah tengok pokok-pokok yang ditanam segar seolah tersenyum mengucap syukur...terhibur hati..alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. saya ok je dengan cuaca ni..mudah nak puasa..hehe..lagipun anak balik sekolah tak letih sangat..Dia pi KAFA pun kita tak risau dia penat ke apa..

    BalasPadam
  3. Assalam Kakcik, kabarnya di tanahair mengalami cuaca sejuk di setengah tempat. Mudah-mudahan semua baik. Kakcik sihat?

    BalasPadam
  4. Salam owner blog Kak Cik Nur Seroja. Mohon update Blog List puan dengan blog saya. Saya dah masukkan blog Kak Cik Nur Seroja kat blog list Rahsia Melancong.

    BalasPadam
  5. sejuk sungguh kan kak.. sib baik water heater baru dibaiki..
    mama dlm air batu.

    BalasPadam
  6. Salam perkenalan kak. GV follow blog akak ya. Aah, lama kan hujan rintik turun kan kak. Setiap awal tahun, pasti ada cuaca makin lama makin lain kan kak. huhu. :)

    BalasPadam
  7. Penangan cuuaca sejuk ye KC.
    Betullah kadang cuaca pun boleh effect aktiviti seharian kita......contohnya mengantuk, lembab aje rasa

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com