Kawan-kawan kakcik

Khamis, 12 Oktober 2017

Tiada yang memahami...

...betapa sepinya sekeping hati
walau gelak ketawa di kanan dan kiri
masih juga tidak mengubati
calar yang dipendam hari demi hari

calar yang mula merekah
mengeluarkan darah dan nanah
terkesan hingga ke wajah
yang pucat tidak berdarah

hanya Ilahi juga tempat mengadu
bila semua yang ada hanya membisu
seolah-olah tidak wujud seorang aku
bagaikan sebatang tiang yang kaku dan bisu

puas cuba meraih perhatian
apa dikehendaki cuba diadakan
namun tetap tidak dipedulikan
dipandang dengan riak tidak berkenan

mungkin ini adalah balasan
terhadap apa yang pernah kulakukan
bila hati tidak terpuaskan
diam-diamlah dalam kepasrahan


..andai mata boleh berbicara...
(gambar imbas kembali - 2 tahun lalu di Kashmir)

11 ulasan:

  1. Mudah2an ada yang memahami dan memberi perhatian.

    BalasPadam
  2. Jika nilainya dari mata hati pasti memahami..insyaAllah..

    BalasPadam
  3. Setiap berlaku ada hikmahnya
    Sebagai cabaran setiap manusia
    Melahirkan insan yang sentiasa tabah

    Pasti ada balasan daripada-Nya
    Di dunia dan juga Syurga.

    BalasPadam
  4. Kakcik ni memang puitis la orangnya...
    Makchaq masa sekolah bab ni la yg sangat out.. tak reti langsung nak tulis.. yang orang dah tulis pun tak reti nak ulas..

    Cantiknya gambar kat Kashmir.... nampak sejuk je..

    BalasPadam
  5. lama x berblog.. alhamdulillah dapat ke sini lagi.. bahasa puitis menggambarkan seorang yang rapat dengan buku, teruskan usaha jangan kenal erti mengalah...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.