Kawan-kawan kakcik

Isnin, 16 Oktober 2017

Kehidupan berumahtangga...

(Gambar hiasan)
Sepanjang hampir 31 tahun dalam dunia rumahtangga,
bukan tidak pernah tiada sengketa.  Tapi, biarlah orang
melihat yang baik-baik dan boleh dicontohi sahaja.

ada pahit manisnya
ada masam masinnya
dalam derita terselit bahagia
dalam bahagia terselit cacat-cela

itu semua warna-warni
yang perlu dilalui
bukan kerana pilihan sendiri
tapi ujian yang datang tanpa disedari

bagaimanapun ia
bagaimanapun corak yang tertera
kita yang melakarnya
sama ada rela atau terpaksa

kadangkala tidak tertanggung
sehingga kita menjadi bingung
kepala rasa berdengung
tubuh rasa terapung-apung

tutuplah aib rapat-rapat
walau dengan orang terdekat
kepada Allah sahaja kita bermunajat
agar orang lain tak ikut terlibat

banyak buruk dari baiknya
bila cerita rumahtangga dijaja-jaja
orang yang tak tahu apa-apa
mula ingin sama membuka mulut dan mata

cerita sejengkal jadi sedepa
meleret-leret tiada kesudahannya
tokok tambah sesedap rasa
tak sedar ikut menambah dosa

sudah-sudahlah
cukup-cukuplah
tak perlu kamu kata dia
kemudian dia kata kamu

fikirkanlah
bukan hanya kamu berdua
malah turut melibatkan keluarga
sudah tak tahu nak sorokkan muka
sudah kehabisan kata-kata

...tapi kamu boleh tak rasa apa-apa!

10 ulasan:

  1. Kadang2 amarah membuat orang lupa. Habis dijaja cerita. Kita yang tengok cara dia handle kisahnya lama2 rasa muak dan jelak.

    BalasPadam
  2. Rumahtangga..yang dibina oleh dua insan berlainan latarbelakang dan asal usulnya.Pasti ada lebih dan kurang di mana-mana.Itulah kenapa Allah jadikan berpasangan daripada jenis (bukan jantina) yang sama (manusia) supaya saling melengkapi dan hidup harmoni.Terseliuh jangan cepat diheboh.Terluka jangan mudah dibuka-buka.

    BalasPadam
  3. bila nampak je cerita kisah2 sipolan ni terus nak tekan X je :D

    BalasPadam
  4. Pengalaman membuatkan kita semakin matang.
    Semoga kekal bahagia selamanya

    BalasPadam
  5. Tahniah, asam garam yang dilalui merupakan ilmu yang x terdapat di mana-mana,.. semoga kita semua mampu menempuh badai gelora alam rumah tangga, in sha allah..

    BalasPadam
  6. sbb tu kata org tua2, dlm rumahtangga kene sering tolak ansur, jgn terlalu menunjuk2 bahagia.... tkt ada yg cemburu

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum kakcik...betul tu mmg kekadang ada gaduhnya tapi kita kenalah pandai menanganinya...jgn dibiarkn masalah yg melanda itu menganggu kehidupan seharian kita...jgn dibuka aib kita pd org.. biarknlah kita saja yg mengetahuinya...

    BalasPadam
  8. Adat berumah tangga ya Kak cik biasalah...

    BalasPadam
  9. Setuju sangat KC.... adat berumahtangga bukannya manis sentiasa. Ada kala pahit, masam, kelat semua ada haha.... Karen pun dah lama hilang. Kalau time bergaduh tu layan lagu jiwang best KC, menusuk di jiwa gitu hihi...

    Apapun moga jodoh kita kekal bahagia hingga ke jannah ye KC

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com