Kawan-kawan kakcik

Isnin, 23 Oktober 2017

Semoga kasih ke hujung nyawa (pantun berkait)...

Dirikan kubu di Tanah Jawa
tempat bersembunyi para tentera
berpakaian sedondon sehati sejiwa
tangan dipimpin saya gembira

Tempat bersembunyi para tentera
tidak terlihat dek mata musuh
tangan dipimpin saya gembira
jangan biarkan saya terjatuh

Tidak terlihat dek mata musuh
mudah serangannya hendak ditingkah
jangan biarkan saya terjatuh
kerana saya tak kuat melangkah

Mudah serangannya hendak ditingkah
walau bersembunyi di dalam paya
kerana saya tak kuat melangkah
sedikit halangan menakutkan saya

Walau bersembunyi di dalam paya
sesaat memisahkan hidup dan mati
sedikit halangan menakutkan saya
pelukan pakcik mendamaikan hati

Sesaat memisahkan hidup dan mati
hilang lenyap tidak bertanda
pelukan pakcik mendamaikan hati
semoga kasih ke hujung nyawa...

9 ulasan:

  1. INSYALLAHH..
    seronok bila ada ramai pakcik2 ni kan.
    anak2 saya merasa ramai makcik2.

    BalasPadam
  2. Cantik pantainya...kat mana tu?

    BalasPadam
  3. in shaa Allah. Aminn. Cantik tempatnya

    BalasPadam
  4. Kat kampung saya ni kak. Depan rumah je

    BalasPadam
  5. Sweetnya paksu dengan anak buah dia...

    BalasPadam
  6. Cantik gambar tu KC.... Ambik gambar ni kadang kadang mmg kena sedondon, baru cantik gambar yg dihasilkannya

    BalasPadam
  7. Semoga ikatan terus berkekalan.
    Cantik pemandangannya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com