Kawan-kawan kakcik

Isnin, 2 Oktober 2017

Makan tengahari di rumah Makchaq...

Sabtu (30/9/2017), makcik menerima jemputan dari Makchaq untuk makan tengahari di rumah beliau.  Katanya ada menjemput beberapa orang rakan dan jiran-jiran beliau juga. Kata orang, rezeki jangan ditolak.  Maka makcik pun ajaklah pakcik untuk ke rumah Makchaq di Kg Merbau Sempak, Sg. Buloh.

Bila sampai, nampak ada khemah terpasang di hadapan rumah Makchaq.  Rupa-rupanya Pakchaq ada buat majlis makan-makan untuk menyambut pelajar sekolah dari kampung beliau bagi program lawatan muhibbah (kalau tak silap makcik).

Dah rupa nyamuk je makcik dan pakcik ni...

Makchaq (Datin Azilah) yang sangat merendah diri orangnya.
Kami kenal melalui blog dan akhirnya bertemu sudah beberapa
kali dan menjadi mesra.  Cuma Makchaq belum sampai ke rumah
kecil makcik.  Nanti jemputlah datang bila-bila masa, ya.

Tapai pulut dan serimuka.  Sedap.

Sambal belacan dan ulam-ulaman.  Juga sedap.

Selain sambal goreng jawa dan daging masak lemak ini, ada
juga ayam masak mentega, ikan kering dan sayur campur.
Semuanya sedap belaka.  (Mujur tak minta nak bawa balik!)

Sempat juga makcik bertemu dengan Rai Ourkizuna yang
tetap kecil molek walaupun sudah punya 5 cahayamata.
Terasa sangat betapa besarnya makcik!

Terima kasih Makchaq atas jemputan.  Jangan serik untuk menjemput lagi ya... :)

10 ulasan:

  1. Bertambah erat siratulrahim ye kak cik..
    Dah jumpa blogger makchaq dan rai..

    Ohh makchaq tinggal di Merbau Sempak Sg Buloh tu.. selalu lalu situ bila balik kuang..

    BalasPadam
  2. tak la jauh makchaq dengan saya gak. saya di gombak. nampak meriah majlis

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kakcik...alhamdullilah dpt jemputan...sedapnya tengok menu dia...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  4. Rezeki mak dan ayah ye...nampak sedpa suma lauk pauk tu ha...ulam2 segar

    BalasPadam
  5. Tak pasti brp kali telan ailio tengok gbr smbl belacan & ulam

    BalasPadam
  6. Kelakarlah Kakcik ni, macam nyamuk pulak perumpamaannya ^_^

    Untunglah dapat selalu beramah mesra dengan rakan blogger. Kalau saya ni Kakcik, memang lagi suka duk bawah meja. Hehehe!

    BalasPadam
  7. Nikmat silaturahim kan kak...blog menjadi perantara..alhamdulillah.
    Sedapnya la tapai bungkus daun getah ya kak...

    BalasPadam
  8. sambal goreng tu mencuri perhatian betul kakcik oi...

    BalasPadam
  9. Masa hari kejadian.. saya lambat sampai. Dah penghujung majlis baru sampai.. huhuhu. tak dapat nak bermesra dengan kakcik, sempat jumpa Rai je.. huhuhu..

    BalasPadam
  10. Makchaq lain kali jemput saya nah....hihi...
    KC makan bertambah tak? Mcm sedap je lauk tu. Kalau saya mau ulang alik ambik daging lemak tu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com