Suatu pagi aku ke sini mengikut suami sudahlah pasti dengan cuaca dingin dan hujan mengiringi leka mataku memandang dan memerhati |
Ada belon terapung tidak berapa tinggi entah apa fungsinya tidak kuketahui tapi kalaulah ada peluang untuk menaiki belum tentu pula aku berani |
Pelbagai bentuk bangunan ada di sini lantas kuteringat Tun M mengilhamkan penempatan ini pemimpin sekarang hanya meneruskan legasi sayangnya jasa Tun M bagai tak terpandang lagi |
Di awal perkhidmatan aku bertugas di Wisma Tani tapi bukanlah di bangunan yang canggih ini cuma bangunan di Jalan Sultan Salahuddin yang kini sepi namun tak pernah kulupa di mana bermulanya langkah kaki |
Sewaktu singgah minum di sebuah restoran, aku disapa oleh seorang wanita kecil molek yang mendukung bayinya yang comel. 'Ini Kakcik kan?' sapanya. Berterus-terang aku tanya siapa dia. Rupa-rupanya beliau adalah blogger Mysweetzlife Noor Izmaliza. Terima kasih banyak-banyak tau Noor kerana sudi menyapa. Semoga percutian (mengikut suami yang berkursus) di Cherating penuh kegembiraan. Ada rezeki, kita jumpa lagi nanti. |
Assalammualaikum mak...rindunya kat mak....bila nak jumpa lagi ni mak...amboi...mana- mana mak pergi sure dikenali...bestnyaaa
BalasPadamAlhamdulillah..jalan-jalan berezki jumpa rakan seblogger ya Kak...
BalasPadamWow... tak pernah jumpa pun orang dah kenal kakcik.... kira taraf retis ni 😁😁..
BalasPadamGlamour juga Kakcik ni tau. Mana-mana pergi ada aje yang kenal. Ini bukan blogger suam-suam air panas ni, Kakcik ~_^
BalasPadamSaya suka pergi Putrajaya KC. Rasa tenang kat sana.
BalasPadamNanti bila bila kalau saya terserempak KC saya tegur ye. Makan kat mana KC sampai boleh terjumpa tu? Lama saya tak singgah blog Eima..