Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 27 Oktober 2017

Filem Tombiruo Penunggu Rimba - sedikit ulasan...

Makcik menonton filem ini atas belanja dari adik perempuan yang turut menonton bersama suami dan anak mereka yang berusia sembilan tahun.

Bilangan penonton sepanjang tayangan berlangsung tidak lebih dari sepuluh orang termasuk kami berempat.  Mungkin sebab tayangan pertama pada jam 11.00 pagi walaupun pada hari cuti.  Sewaktu keluar sebaik tayangan berakhir pun nampaknya hanya ada beberapa orang di luar panggung.

Tarikan sebenar bagi macik dan adik perempuan makcik untuk menonton filem ini adalah kerana kehadiran pelakon Faizal Hussein.  Kami memang meminati lakonan beliau.

Apa pandangan peribadi makcik terhadap filem ini?  Tak payahlah makcik ulas tentang aspek-aspek yang di luar pengetahuan makcik.  Makcik cuma hendak ulas tentang 'apa yang makcik nampak dan rasakan' sahaja...

-  Lakonan para pelakon utama memang hebat - tapi makcik rasa masih ada 'kekosongan' di sana sini.  Babak demi babak kadangkala macam tiada kesinambungan atau sedikit 'melompat'  Macam mana nak kata ya?  Tak pandai hendak makcik huraikan tetapi makcik rasa agak bosan.

- Pemandangan memang cantik. Sungai yang mengalir dengan airnya yang tenang dan jernih.  Pandangan ke arah gunung yang memukau melalui 'bahagian atas hutan'.  Kenapa makcik kata 'bahagian atas hutan'?.  Sebab bila pandang di bawah, ianya tidaklah menggambarkan sebuah hutan yang 'benar-benar hutan'.  Hanya bagai sebuah dusun yang sudah ada laluan untuk berlari dan berkejaran.

- Ada babak Ejim membawa Wan Suraya ke pondoknya di atas pokok.  Eh... bukan main berkilat bekas ubi kayu / minuman yang disuakan oleh Ejim seolah-olah baru dibeli dari kedai.  Memang memerlukan Pemikiran Aras Tinggi sekiranya penonton ingin berfikir.  Atau 'lantaklah', ianya hanya sebuah filem.  Jangan pula ada yang suruh penonton membeli novel (novel cetakan pertama terbit dalam tahun 1998), untuk menghadam keseluruhan jalan cerita. 

- Sewaktu Ejim masih kecil, tiba-tiba ujud satu keluarga di mana ibubapa melarang anaknya berkawan dengan Ejim yang tidak berwajah manusia itu.  Rasa macam tak perlu pun babak itu.

-  Makcik suka dengan  topeng yang dipakai oleh Ejim.  Cantik di mata makcik dan makcik tak perlu hendak membayangkan wajah Zul Ariffin di sebalik topeng itu.

- Sayangnya di akhir cerita tidak ditunjukkan bahawa Amiruddin (kembar Ejim) berjaya membawa Ejim kembali mengenal Maha Pencipta.

- Kepada yang berangan-angan hendak melihat wajah Zul Ariffin di sebalik topeng, rasanya tak perlu pun.  Kalau ikut novel sambungan Tombiruo itu, selepas menjalani pembedahan, wajah Ejim adalah mirip kembarnya Amiruddin.  Maknanya, bolehlah dibayangkan wajah Farid Kamil di sebalik topeng itu...hahaha...

Apa-apapun, makcik memang tak puas menonton lakonan Faizal Hussein. Tanpa perlu membina badan pun, langkah dan aksi beliau sudah cukup hebat.  

Rasa persaudaraan yang cuba ditunjukkan antara Ejim dan Amiruddin terasa bagaikan tidak sampai...

Makcik adalah peminat tegar novel-novel thriller tulisan Ramlee Awang Murshid.  Bagaimanapun selepas bersara, sudah begitu lama rasanya makcik tidak membeli sebarang novel...

15 ulasan:

  1. Kalau drama di tv pun akak suka tengok lakonan Faizal Hussein ni kak cik.kaka dia verlakon watak jahat tu geram je tengok.akak pun mengumpul novel Ramlee Awang Murshid ni dulu..tak sangka jugak masa tu dalam banyak2 novel anak2 pun baca novel dia..

    BalasPadam
  2. tentang bekas minuman tu, saya rasa perkara biasa jugak (termasuk filem hollywood) yang terlepas pandang perkara-perkara remeh masa shooting. cuma filam kita ni ada sesetengahnya agak ketara.

    contoh: watak filem/dama cuma kerja biasa-biasa tapi ditunjukkan tinggal dalam rumah yang kemain lagi cantiknya.

    BalasPadam
  3. director terlampau fokus dengan visual sampai jalan cerita krik krik sikit tapi okay lah movie ni untuk industri melayu

    BalasPadam
  4. oo patutla tak nampak muka zul. hihi

    BalasPadam
  5. Saya pun penggemar tegar novel Ramli Awang Mursyid. 10 kali seronok baca novelnya...lebih dramatik dan suspen..Tambahan novel keduanya. Memang betul kata kakcik, tak puaskan tengok cerita tu,banyak lompong sana sini. Nampak mcm aksi pergaduhan saja yg diberi fokus sedangkan jalan cerita kurang padat dan tak teratur.
    Yang cantik bagi saya cuma bahagian intronya..tang pergaduhan dalam sungai tu..dan waktu perempuan bomoh itu berlagu membuka rahsia tentang riwayat sikembar.Sayang watak Faizal jadi mcm menempel saja.

    BalasPadam
  6. x tgk lagi kak chi so x tau nak komen..

    BalasPadam
  7. Saya perasan bekas minuman tu masa menontonnya di pawagam sampai terdetik dalam hati 'eemm.. mungkin baru dibeli oleh Faizal Hussein untuk kegunaan Ejim. Bekas lama dah rosak tak boleh nak guna.'
    Bab muka disebalik topeng tu, kalau dibuat sambungan filem ni mahu frust peminat Zul Ariffin sebab rupa muka dah tentu sama macam kembar dia Farid Kamil. Hehehe..

    BalasPadam
  8. untuk filem aksi melayu... boleh laa.. best jugak crite ni

    BalasPadam
  9. Tak dan nak tenguk lagi.
    Tunggu keluar kat tvlah gamaknya

    BalasPadam
  10. dana tak dan nk tgk lg kakcik, entah bila lah dpt tgk... entah2 dpt layan bila kt astro first je nnti kot...

    kalau kite dh layan novelnya msti kita akan lebih detail psl filem tuh, walaupun tak la nk sama sebijik tp banyak yg kite hendak terjadi mcm kt novel

    BalasPadam
  11. Saya tak minat abang sado yang satu ni, Kakcik. Filem ni pun saya tak tengok lagi. Kalau ada free kat Astro, barulah saya tengok kot. Hehehe... tak patriotik langsung. Apa-apa pun ada banyak cara boleh jadi patriotik; sebelum kena kutuk ^_^

    Faizal Hussein memang pandai berlakon tapi biasalah kat Malaysia ni, pelakon kayu yang handsome lagi popular berbanding pelakon yang berbakat.

    BalasPadam
  12. Saya pun tak tau nak ulas filem KC. Kalau nak mengulas pun ikut cita rasa saya je hihi.... komen org awam gitu.

    Saya tak berapa minat nak menonton cite ni KC walaupun ramai org kata best... Tak mcm cite Bisik Pada Langit tu, saya mmg teruja nak tengok

    BalasPadam
  13. Makcik pun tak tengok.....jakun sungguh, dah lah tak baca paper....bila tgk sana sini dlm fb/WA dok sebut tombiruo....apa benda ni aku tak tau langsung.....nampaknya makcik sangat ketinggalan.

    BalasPadam
  14. saya kalau start pegang novel, habis lintang pukang rumahtangga tak terurus.

    BalasPadam
  15. Bestnya Kak Cik...nak pi nengok la....iklan cam best jer...

    Jemput baca cara saya menangani masalah asthma yang saya hadapi

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com