Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 30 September 2017

Satu pagi di Putrajaya...

Suatu pagi aku ke sini
mengikut suami sudahlah pasti
dengan cuaca dingin dan hujan mengiringi
leka mataku memandang dan memerhati

Ada belon terapung tidak berapa tinggi
entah apa fungsinya tidak kuketahui
tapi kalaulah ada peluang untuk menaiki
belum tentu pula aku berani

Pelbagai bentuk bangunan ada di sini
lantas kuteringat Tun M mengilhamkan penempatan ini
pemimpin sekarang hanya meneruskan legasi
sayangnya jasa Tun M bagai tak terpandang lagi

Di awal perkhidmatan aku bertugas di Wisma Tani
tapi bukanlah di bangunan yang canggih ini
cuma bangunan di Jalan Sultan Salahuddin yang kini sepi
namun tak pernah kulupa di mana bermulanya langkah kaki

Sewaktu singgah minum di sebuah restoran, aku disapa oleh
seorang wanita kecil molek yang mendukung bayinya yang comel.
'Ini Kakcik kan?'  sapanya.  Berterus-terang aku tanya siapa dia.
Rupa-rupanya beliau adalah blogger Mysweetzlife Noor Izmaliza.
Terima kasih banyak-banyak tau Noor kerana sudi menyapa.
Semoga percutian (mengikut suami yang berkursus) di Cherating
penuh kegembiraan.  Ada rezeki, kita jumpa lagi nanti.

5 ulasan:

  1. Assalammualaikum mak...rindunya kat mak....bila nak jumpa lagi ni mak...amboi...mana- mana mak pergi sure dikenali...bestnyaaa

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..jalan-jalan berezki jumpa rakan seblogger ya Kak...

    BalasPadam
  3. Wow... tak pernah jumpa pun orang dah kenal kakcik.... kira taraf retis ni 😁😁..

    BalasPadam
  4. Glamour juga Kakcik ni tau. Mana-mana pergi ada aje yang kenal. Ini bukan blogger suam-suam air panas ni, Kakcik ~_^

    BalasPadam
  5. Saya suka pergi Putrajaya KC. Rasa tenang kat sana.
    Nanti bila bila kalau saya terserempak KC saya tegur ye. Makan kat mana KC sampai boleh terjumpa tu? Lama saya tak singgah blog Eima..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com