Kawan-kawan kakcik

Rabu, 6 September 2017

Dulu kau sangka kita tak layak berkawan...

...kerana kau anak majikan 
aku pula anak pekerja bawahan

kau leka dengan segala kemewahan
bilikmu penuh aneka permainan
riang ria kau berlari di taman
sedang aku hanya mampu memerhatikan

kemudian kita meningkat dewasa
hidupmu masih penuh gaya
kau dapat apa sahaja yang diminta
sedangkan aku kena terus berusaha

kau tak pernah kenal erti susah
kau meraung walau hanya air yang tumpah
kau kata aku yang membuat sepah
tanpa sebab aku disumpah

namun aku tetap sedarkan diri
hidup menumpang membuatkan aku berhati-hati
biar dilayan bagai anak tiri
sebulat hati kuserah pada Ilahi

dunia ini hanya pinjaman
bumi yang bulat aturan Tuhan
tidak selamanya aku dibiar dalam kesedihan
Dia tahu apa yang aku perlukan

bila hidupmu tidak keruan
tidak pula aku ingin memberi balasan
harta yang ada sia-sia kau habiskan
akhirnya kau kenal mana kawan mana lawan

maka ingatlah wahai kawan
tiada kekal pangkat mahupun gelaran
biarlah seadanya hidup ini kita bawakan
akhirnya di sana juga tempat yang berkekalan

#catatansajasaja
#catatandirekareka
#agarblogterusbernyawa

12 ulasan:

  1. Di mana pun..siapa pun..sederhana itu lebih wajar..

    BalasPadam
  2. setuju tu kakcik... walaupun rekaan terasa di hati...

    BalasPadam
  3. Suka catatan ni..
    "Dunia ini hanya pinjaman bumi yang bulat aturan Tuhan tidak selamanya aku dibiar dalam kesedihan Dia tahu apa yang aku perlukan"

    BalasPadam
  4. kakcik... bukan meruang tp meraung heheheh...

    kakcik tryla bt cerpen atau novel... dana tau msti kakcik berbakat dlm hal2 penulisan ni kn

    BalasPadam
  5. kadang2 Allah bayar cash kat dunia lagi.

    BalasPadam
  6. Hidup ni umpama roda kan kakcik.. tak payahlan nak berbangga diri sangat2..bersyukurlah dengan apa yang kita ada..

    BalasPadam
  7. Lama atau sekejap yang menzalimi akan dibalas perbuatannya di dunia lagi.

    BalasPadam
  8. realiti sekarang. semoga kita dijauhkan dari sifat2 yg kejar dunia macam ni. akhirat jua yg kekal.

    BalasPadam
  9. ni macam cerita bollywood ni kakcik...power!

    BalasPadam
  10. Biasalah adat dunia, Kakcik. Dah terhantuk, barulah tahu langit tu tinggi ke rendah. Masa senang tak mahu berkawan, masa susah barulah tahu siapa kawan, siapa lawan sebenarnya.

    BalasPadam
  11. Gitulah lumrah alam KC....orang kaya, berharta disanjung dan di puja, org miskin terpinggir tp tak semua yg indah akan sentiasa indah, satu masa yg indah jugak akan jadi jelek..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com