Kawan-kawan kakcik

Rabu, 5 Julai 2017

Apalah guna berwajah cantik...

Ilham untuk catatan (pantun) kali ini di dapati dari : HARIAN METRO ONLINE


Apalah guna berkain batik
Jika tidak diikat kemas
Apalah guna berwajah cantik
Jika tidak pandai mengemas

Apalah guna tanaman berjajar
Jika tidak menghasilkan buah
Apalah guna pandai belajar
Jika rumah bersepah-sepah

Apalah guna berbaju kelawar
Jika tidak berjahit di rusuk
Apalah guna cantik di luar
Jika di dalam kotor dan busuk

Apalah guna mengutip cendawan
Jika hanya letak di pinggir
Apalah guna bersikap tuan
Jika sendiri malas berfikir.



12 ulasan:

  1. alamak terasa pulak pantun yang pertama tu.. huhuhu tapi kita tak cantik pun..

    BalasPadam
  2. malu kalau baca kakcik, dhla perempuan yg buat... malu nya

    BalasPadam
  3. Apa guna kepok di ladang,
    Kalau tidak berisi padi;
    Apa guna sijil berkajang,
    Jika miskin budi pekerti.

    BalasPadam
  4. saya rasa, saya ni pemalas.
    tapi ni mmg lagi hebat kemalasannya. memalukan je.

    BalasPadam
  5. sangat kena pantun kakcik ni kepada sipemalas di luar sana..
    raya tahun ni topik hangat yg di bualkan berkaitan "sipemalas" hihihi

    BalasPadam
  6. mendalam betul maksudnya. setuju sangat dengan pantun ni.
    kebersihan itu separuh daripada iman.

    BalasPadam
  7. saya pun pemalas juga tapi tak adalah sampai macam tu sekali.

    BalasPadam
  8. Harapkan muka lawa tapi tak pandai berkemas ye KC. Saya teringat ada satu kawan U saya ni, bila lipat kain kemas betul. Kagum saya. Pandai mak dia mendidik...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.