Kawan-kawan kakcik

Rabu, 7 Jun 2017

Resepi Bawal Masam Manis yang ringkas dan mudah...

Jangankan di bulan puasa, di bulan-bulan lain pun, hendak menyediakan hidangan kepada keluarga saban hari kadangkala menjadi masalah kepada seorang isteri / ibu.

Kalau yang bekerja, di pejabat lagi sudah memikirkan apa hidangan hendak disaji kepada keluarga.  Kalau keluarga tak banyak karenah, mungkin ringan sedikit 'beban' yang dirasa. Masak telur goreng, potong bawang dan cili, curah kicap.  Makan dengan nasi panas, Alhamdulillah.

Kadang-kadang duduk depan peti ais pun termanggu-manggu memikir nak masak apa.  Kalau ada bahan secukupnya, capai sana-sini, campak dalam periuk atau kuali, siaplah satu dua jenis lauk.

Jom makcik bagi resepi bawal masam manis yang ringkas dan mudah ikut bahan yang ada di dapur makcik...


Bunga melati mekar di taman
tempat bermain si pari-pari
masak dari hati masak dengan iman
semoga rezeki Allah berkati

Bahan-bahannya :

- 2 ekor ikan bawal (dibersihkan, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing)
- sebiji bawang besar dipotong dadu
- 5 ulas bawang putih dicincang
- 2 biji cili merah dipotong-potong
- 2 biji tomato dipotong dadu
- 5 sudu makan sos tomato
- 5 sudu makan sos cili
- secawan air
- garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :

- Ikan bawal yang telah digoreng diletak dalam pinggan yang sesuai.
- panaskan 3 sudu makan minyak di dalam kuali
- tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili
- setelah layu dan wangi bahan tumisan, masukkan sos tomato dan sos cili 
-  masukkan air dan kacau hingga menggelegak
- masukkan tomato (kalau suka boleh tambah timun dan nanas yang dipotong dadu juga)
- masukkan garam dan gula secukup rasa
- bila bahan-bahan di atas sudah sebati dan cukup rasanya, matikan api dan tuangkan kuah ke atas ikan tadi
- siap

Sebenarnya kebelakangan ini makcik sudah kekeringan ilham untuk dicoretkan.  Itu yang merapu meraban letak resepi entah apa-apa.  Semata-mata untuk mempastikan blog ini tidak kehilangan nyawa...


9 ulasan:

  1. Fav SA ni mak...senang pun senang.. nanti kalau buat lagi kan mak..boleh letak sesudu pes tomyam...sedap mak...cuba tau...

    BalasPadam
  2. Memang mudah ni kakcik..
    Sodap pun iye..

    BalasPadam
  3. Hihi....Salam Ramadhan KC.... betullah KC , saya pun sama, semakin lama mcm kering idea pulak dah.
    Lagi masalah bila bukak petiais tak de bahan sampingan untuk di masak. Leceh betul kalau nak kena keluar beli kan...

    Menu Ramadhan ke berapa tu KC?

    BalasPadam
  4. Tak buatkan resepi ni bulan puasa ni..

    BalasPadam
  5. Salam ramadhan mak! lama tak makan ikan masam manis. Menggoda.

    BalasPadam
  6. teringin pulak nak makan niiii.

    BalasPadam
  7. Nampak sedap. Boleh nak cuba juga nanti.

    BalasPadam
  8. ikan bwl ni mmg sgt sesuai di msk masam manis kan kakcik... mungkin sbb isi nya yg putih tu kene bila di msk mcm ni

    BalasPadam
  9. sedap pulak tgk bawal ni mak .. ptg ni nak buat !

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.