Kawan-kawan kakcik

Selasa, 13 Jun 2017

Mihun Goreng Kencana yang ringkas dan mudah...

Anakanda minta dibuatkan mihun goreng Singapura. Memandangkan bahan-bahan yang ada tidak menepati syarat untuk membuat mihun goreng Singapura, maka makcik gunakan apa yang ada dan makcik namakan Mihun Goreng Kencana sempena nama taman perumahan tempat tinggal makcik...

Inilah mihun goreng kencana yang makcik masak

Bahan-bahannya :

Sepeket (400gm) mihun - direndam atau celur dengan air panas untuk melembutkannya
2 sudu biji lada hitam           )
5 ulas bawang putih              )  dikisar bersama sedikit air
5 ulas bawang merah            )
2 sudu ikan bilis - bersihkan )
2 ekor sotong (yang makcik guna saiznya agak besar) - dihiris nipis
2 biji telur ayam
setengah cawan sayur campur (mixed vege)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bawang goreng dan hirisan cili merah

Cara-caranya :

- panaskan minyak di dalam kuali
- masukkan bahan kisar
- setelah bahan kisar agak garing dan wangi, masukkan sotong dan sayur campur serta garam secukup rasa
- masukkan mihun dan kaupbalikkan agar sekata dengan bahan tumis
- setelah sekata, pecahkan telur di tepi kuali dan kacau biar hancur
- bila telur sudah hancur, gaulkan (menggunakan sudip) dengan mihun
- jika ada sayur (seperti sawi), bolehlah masukkan dan kaupbalikkan bersama mihun
- sudah siap bolehlah matikan api dan salin mihun ke dalam mangkuk
- taburkan bawang goreng dan cili merah yang telah dihiris sebagai hiasan 

# mungkin ada yang suka mihunnya basah, bolehlah masukkan secawan air selepas bahan tumis agak garing tadi

# jika masukkan garam diakhir sekali, dibimbangi ia tidak sekata dan menyebabkan mihun ada yang masin ada yang tawar

11 ulasan:

  1. Alahai Kak, ni my favorite..
    Suka sangat bihun goreng putih letak sotong makan dengan cili jeruk. hurrrmmm mables! Sama dengan bihun Singapore kannn Kak..

    BalasPadam
  2. kalu bg dana ni kira muhun spore dh ni kakcik...

    BalasPadam
  3. Airtangan ibu mmg sedap walau x cukup bahan kan mak? anak- anak tetap makan...

    BalasPadam
  4. Salam kakcik...selamat berpuasa..

    BalasPadam
  5. Wah ingatkan betul betul ada nama bihun kencana...ruapanya nama taman perumahan...terbaik

    BalasPadam
  6. untung anak-anak kakcik dapat rasa masakan air tangan ibu... dah 6 tahun tak rasa masakan air tangan ibu

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah
    Nampak sedap ni.
    Smlm saya masak mee hoon goreng merah.
    Nanti nak cuba pula style putih begini.

    BalasPadam
  8. Hihi....Sedap pulak nama meehoon tu KC.
    Lebur jerlah yang mana ada ye KC. Nak tunggu semuanya complete, sampai petang pulak tak masak.

    BalasPadam
  9. Adoii, tetiba terasa nak masak bihun goreng untuk berbuka puasa karang.. =)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.