Kawan-kawan kakcik

Isnin, 5 Jun 2017

Patin Tempoyak Kg Baru...

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saat aku sangat-sangat teringin hendak makan Patin Tempoyak, aku mendapat peluang untuk makan di Restoran Patin Tempoyak Kg Baru. Syukur Alhamdulillah.

Aku pergi selepas waktu Maghrib.  Alamak! jalan sesak pula. Akhirnya jam 8.30 malam barulah aku tiba ke tempat yang dituju. Suami hanya menghantarku kerana dia kurang sihat.

Restoran Patin Tempoyak Kg Baru ini adalah penjenamaan semula dari restoran asalnya iaitu Samudra Exotic River Fish Restaurant. Restoran baru ini terletak hanya beberapa meter dari lokasi lamanya.  


Mengikut alamat, restoran ini terletak di Jalan Raja Abdullah.
Bagaimanapun, kita kena masuk sedikit ke Jalan Raja Ali
dan ianya terletak beberapa langkah setelah memasuki
jalan tersebut.
Masuk sahaja ke restoran ini, aku bertemu dengan pemiliknya En. Kamarul yang sangat ramah tamah orangnya. 

Biasalah, kan?  Blogger mana boleh melepaskan peluang
untuk bergambar.  Eh... macam adik beradik pulak!

Melihat makanan yang terhidang di meja, memang serta merta perut menyanyi-nyanyi minta diisi.  Jomlah kita makan dulu...


Aduhai...bagaikan kemarau setahun lenyap disirami hujan sehari.
Betapa enaknya patin tempoyak ini dapat dirasai sebaik sahaja
masuk ke mulut dan mencecah lidah.  Ditambah pula dengan
masak lemak pucuk ubi.  Cukup semua rasanya.  Lembut,
masin, masam dan lemak bersatu. Langsung tiada rasa hanyir,

Selain dari ikan patin, restoran ini juga menyediakan lain-lain jenis ikan sungai (yang didatangkan terus dari Sungai Pahang @ Temerloh).  Bagi mereka yang tak makan ikan sungai, ikan laut juga disediakan dan akan dimasak mengikut permintaan.  



Mari lihat apakah yang ada di restoran ini.  Antaranya :


Ikan putih / Ikan lampam goreng

Masak lemak ikan sungai

Haaa... inilah 'mercu tanda' restoran ini.
Patin Tempoyak yang sangat sedap. Isi ikannya cukup lembut

dan ada rasa lemak.  Kuahnya pun cukup masam masinnya.

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Ikan sungai bakar

Masak lemak pucuk ubi yang likat melekat kuahnya.
Pucuk ubinya pun cukup lembut untuk dikunyah.

Masak lemak rebung

Urap / kerabu pucuk paku

Pekasam ikan sungai

Pelbagai jenis sambal.
Ada sambal kicap. budu, sambal belacan dan sambal tempoyak

Boleh sahaja jika mahu makan nasi goreng...

...atau mee goreng mahupun kuey teow goreng

Ada ayam goreng kunyit juga...

...dan pelbagai jenis pencuci mulut.

Harga ikan yang dijual di sini adalah 10% lebih murah dari di restoran asalnya.  Mungkin bagi setengah orang, mereka merasakan harga ikan sungai terutamanya patin, jelawat dan kerai adalah agak mahal.  Sebenarnya, ikan-ikan yang dijual, dimasak dan dihidangkan di Restoran Patin Tempoyak Kg Baru ini adalah didatangkan terus dan segar dari Sungai Pahang (Temerloh) yang dijamin kualitinya.

Sempena bulan Ramadhan, restoran ini juga mengadakan hidangan secara buffet untuk berbuka mulai jam 6.30 petang. Harga buffet adalah :

RM65.00 (bersih) untuk dewasa
RM30.00 (bersih) untuk kanak-kanak

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin membeli secara 'a-la carte' untuk dibawa pulang, tempahan dibuka mulai jam 4.00 petang.

Untuk tempahan awal, bolehlah menghubungi sendiri En Kamarul di talian :

018-2916250 (telefon)
019-6116933 (whatsapp sahaja)

Sekali lagi, untuk yang ingin datang berbuka di sini, bolehlah datang ke alamat : 

63D, Jalan Raja Abdullah
50300 Kg Baru
Kuala Lumpur.

Restoran ini boleh memuatkan 60 (enam puluh) orang pelanggan pada satu-satu masa.

Masakan di restoran ini disediakan sendiri oleh kakak En Kamarul
iaitu Puan Hamizatun.  Masakannya adalah masakan Pahang asli
kerana mereka adik beradik memang berasal dari Pahang.
Seorang lagi adik En Kamarul yang mengusahakan bersama
restoran ini ialah En Hishammudin.

Untuk merasai sendiri keenakan masakan patin tempoyak dan lain-lain lauk-pauk, sama ada masak tempoyak, masak lemak atau asam pedas, jemputlah datang ke Restoran Patin Tempoyak Kg Baru.

Bila kesedapan masuk ke tekak, harga  bukanlah menjadi masalah...

8 ulasan:

  1. alamakkk... pepagi trngok entry ni buat tekak menari2 nak mencari.. balik nanti kita plak terjah.. hehehe

    BalasPadam
  2. Sedapnya kak. Saya pun peminat ikan patin masak tempoyak. :)

    BalasPadam
  3. Sambal-sambal tu menawan hati. Auni suka jugak patin tempoyak, kalau kena semua rasa masin, masam, manisnya, memang bertambah nasi!

    BalasPadam
  4. Kerabu pucuk paku tu...sedap..makan gitu je tak payah makan dengan nasi..

    BalasPadam
  5. Alaaa...SA suka masak tempoyak ikan patin..alahai sedapnya....

    BalasPadam
  6. sedap betul ikan patin masak tempoyak tu. terus laapar

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com