Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 3 Jun 2017

Cucu-cucu nenek...

Cucu-cucu nenek, manja memang manja.  Bila buat salah, nenek marah juga.  Bukan kerana tak sayang, tapi nenek mahu kalian menjadi 'orang'.






Nenek baru ada dua orang cucu.  Nenek tak tahu sama ada nenek sempat atau tidak untuk menimang cucu-cucu yang akan datang. Nenek juga tak tahu sampai bila nenek sempat untuk melihat dua cucu yang ada sekarang membesar.

Orang kata, sayangnya atuknenek kepada cucu melebihi sayang makayah kepada anak.  Nenek tak tahu sama ada hendak mengakui atau menafikan.  Cuma yang boleh nenek katakan, dulu masa dapat anak, nenek masih muda.  Tenaga masih banyak.  Suara masih kuat. Tapi bila dapat cucu, nenek sudah pun dimamah usia.  Tenaga makin kurang, suara makin perlahan. Sudah lebih banyak 'tak kuasa' dari 'menunjukkan kuasa'.  

Namun di dalam doa, nenek pohon agar Allah Yang Maha Kuasa melindungi cucu-cucu nenek dari segala mara bahaya.  Semoga cucu-cucu nenek menjadi anak-anak soleh yang mendoakan kesejahteraan ibubapa.  Agar menjadi insan yang berjaya di dunia serta sejahtera di dunia 'sana'...

3 ulasan:

  1. assalamualaikum kakcik...macam tu la kalau dah ada cucu kn...lebih syg cucu dari anak...nak marah cucu dah berkurangan skg ni...usia semakin meningkat agaknyakan kakcik..
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  2. Ameen...ameen..ameen...Qaid dengan adik pergi mana tu dengan nenek...

    BalasPadam
  3. WP dulu2 pun suka sangat kalau pegi rumah nenek. Tak nak balik.
    Rupanya sekarang dah jadi datuk. Macam cepatnya masa berlalu.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.