Kawan-kawan kakcik

Ahad, 16 April 2017

Gema Gegar Vaganza - aku lebih suka menonton siaran rakaman...

Sebabnya? Aku boleh melangkau (mempercepatkan) siaran yang aku tidak suka untuk menontonnya.  Apakah ia?

1 - gelagat Achey yang mengacara sambil menyaring-nyaringkan suara dan meliuk-lentokkan badan tidak sesuai dengan acara.  Dia ingat rancangan Gema Gegar Vaganza itu sama macam rancangan Maharaja Lawak Mega ke?

2 - siaran iklan yang 'panjang berjela'

3 - komen para juri (aku bukan faham sangat pun apa yang mereka komen), yang aku tahu lagu itu sedap didengar atau tidak sahaja. Kadangkala aku juga menghayati bait-bait lirik yang didendangkan dengan penuh perasaan (ewah...)

Para peserta Gema Gegar Vaganza
Gambar dari SINI

Di minggu pengenalan, tiada peserta yang tersingkir.  Pada minggu kedua, penyanyi Bienda telah tersingkir bila berada di kedudukan paling bawah.

Peserta yang aku tunggu kemunculannya ialah Azmi Caliph Busker.  Bukan hanya kerana dia seorang Orang Kelainan Upaya, tapi dia memang mempunyai bakat anugerah Ilahi.  Minggu pertama, nampak sangat betapa dia menggigil ketika membuat persembahan, tapi suaranya tetap bagus.

Caliph Busker

Apa-apa pun, semua peserta mempunyai peluang yang sama untuk terus mara ke peringkat seterusnya.  terpulang kepada mereka untuk memberikan persembahan terbaik.

Cuma kalau boleh, Astro tak perlulah mengekalkan Achey sebagai pengacara kecuali dia boleh mengubah 'rentak dan corak' pengacaraannya.  Dia dah cukup terkenal di Malaysia ini, jadi tak perlulah terlalu tergedik-gedik dan menjerit-jerit untuk menonjolkan diri...

Nampaknya para penonton wanita yang hadir dalam rancangan ini (termasuk para artis), berpakaian sopan siap bertudung sewaktu menonton.  Indahnya jika mereka terus berpakaian  begitu, kan?

11 ulasan:

  1. Pun belum sempat tenguk lagi.
    Tapi pn is3 ada buat rakaman.

    BalasPadam
  2. Setuju dengan kakcik. Rancangan ni dah jadi rancangan maharaja lawak dengan adanya achey. Terlebih aksi dia.

    BalasPadam
  3. PC tak tengok Kak..tapi betul..PC sendiri pun tak berapa gemar bila ada pengacara perlu menjerit atau menyaringkan suara bila mengacara..walhal suara sudah cukup kuat dengan menggunakan mikrofonkan..

    BalasPadam
  4. dana setuju mcm kakcik, lbh suke tgk yg rakaman dr yg live

    paling tak tahan aksi achey yg over, iklan yg panjang lebar.... kadang sampai 5 ke 8 minit iklan nya

    komen juri pun kadang meleret2 mls nk dgr...

    BalasPadam
  5. ramai komen part pengacara yang tak sesuai tu

    BalasPadam
  6. memang tak pernah suka achey tu...semua persembahan nak terjerit2

    BalasPadam
  7. Baru dengar tapi belum pernah tengok lagilah, Kakcik. Dah dua episodlah ya berjalan. Biasalah kalau bab-bab iklan ni, memang boleh buat kerja lain. Kita cuma nak tengok persembahan aje, lain-lain hal malas nak fikir. Nama pun hiburan!

    BalasPadam
  8. Saya pun kurang minat Achey jadi pengacara KC...Saya pun tak suka gaya dia cakap. Tapi yelah, mungkin ramai lagi yg suka dia kan KC.

    Saya tak dapat lagi tgk rancangan ni dari awal.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com