Kawan-kawan kakcik

Khamis, 16 Februari 2017

Untung jadi artis...

...berkawan, didoakan bercinta
bercinta, didoakan berkahwin
putus cinta, peminat yang kecewa
(padahal artis itu hendak lariskan 'produk' sahaja)

berkahwin, ditunggu dapat cahayamata
bila ada anak, dipuja pula
tak tunjuk wajah anak, dikata-kata
eh...peminat hendak tahu semuanya

biodata artis dihafal semua
tapi surah pendek gagap dibaca
(bukan orang lain yang aku nak kata,
hanya aku sendiri yang tak sedar diri tua)
boleh saling tuduh-menuduh kata-mengata
bila terjentik artis yang dipuji puja

bila sudah terlalu memuja
kita pun jadi leka
lupa barang yang semuanya sudah naik harga
melatah pun sekali sekala
disua drama meloponglah kita
walaupun tajuk entah apa-apa
walaupun pelakon hanya bersandarkan rupa
sedangan pengisian dan pengajaran satu pun tiada

sampai bilakah kita terlupa mencari jalan ke syurga?

22 ulasan:

  1. biasanya yg terkena sindrom gilakan artis ni anak2 remaja..

    BalasPadam
  2. Apa boleh buat kalau yg ada kuasa bagaikan sengaja
    Mahu rakyat terus leka
    Yg berani bersuara akan diseka.

    BalasPadam
  3. Betul tu kakcik..Ini la hidup di zaman ini yang banyak melekakan bangsa kita..

    BalasPadam
  4. kalau ditanya ttg para rasul harus tak ingat....

    BalasPadam
  5. Nak puja artis ni, SB memang tak reti langsung,kak. sekadar tengok-tengok pastu lupakan..heheheee..

    BalasPadam
  6. dalam ni kakcik ...sentap jiwa org yg membaca nya ...semoga kata2 kakcik menjadi satu penyebab kita mengejar syurga ....lupa kan yg lagha ....

    BalasPadam
  7. Betul kak..risau dan sedih...tapi itulah bila kita berbicara pastinya kita yang dikecam semula..entah tak tahu sampai bila..

    BalasPadam
  8. huhuhu... sbb tu jgn terlalu memuja, menyinta artis

    BalasPadam
  9. Biasa la kakcik...kalau dah minat semua nak ambik tau.. siap simpan gambaq.... walaupun orang yg dipuja tu tak kenai pun kita..

    BalasPadam
  10. tersentap orang yang membacanya. sampai ke hati. suka baca setiap nukilan kakchik.

    BalasPadam
  11. assalamualaikum kakcik...biasalah kakcik cara hidup artis begitulah caranya...semuanya nakkan nama dan popular jer...:)

    BalasPadam
  12. begitulah artis. tp kita tak pasti lagi mcm mn yak. tp kita ni celebrity.

    celebrity untuk anak2 kita. hehehe

    BalasPadam
  13. betul kak, untung jadi artis ni. tapi dunia dia tu kita risau juga kan

    BalasPadam
  14. jadi artis, ramai kutuk.. banyak pula pahala dorang dapat hahahaa

    BalasPadam
  15. Tuh yg ramai anak2 muda berimpian nk jd artis.. Huhu..

    BalasPadam
  16. Bait-bait Kakcik cukup kena dan relevan dengan situasi sekarang.

    Bila Kakcik free, tengoklah youtube dan lihat program dari seberang yang bertajuk "Kick Andy". Saya terpaku menonton setiap episod. In terms of talkshows, kita ternyata kebelakang. Drama kita juga saya lagi pening. Mesti ada datok, tan sri, makan, makan, makan, tido dgn makeup.....dll.

    BalasPadam
  17. Hiburan mmg seronokkan KC. Kuat betul pengaruhnya. Sedar tak sedar boleh melekakan kita... Bukan cakap orang cakap diri sendiri hihi...

    BalasPadam
  18. Bila baca n3 terus t'ingt teater mok cun, semangat org kg m'jual tp artis yg meniaga gak laku...;-(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com