Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 4 Februari 2017

Minyak masak TIARA - RM2.95 seliter...

Dalam keadaan Ringgit Malaysia yang semakin kecil nilainya ini, setiap sen yang dibelanjakan perlu diambilkira (untuk rakyat biasa yang berada dalam kategori miskin bandar seperti aku. Untuk yang duit itu tiada nilainya bagi mereka, tak perlu kata apa-apa).  Jadi bila kita ada pilihan untuk mendapatkan sesuatu keperluan dengan harga yang lebih murah dari biasa, mengapa harus dilepaskan peluang itu, kan?

Beberapa bulan lepas, harga minyak masak telah naik dengan mendadak.  Jika sebelumnya aku akan membeli minyak masak setiap kali membeli barang keperluan dapur, tapi bila harganya mendadak naik hingga hampir RM10.00 sebotol 5kg, aku tidak lagi membelinya seperti selalu.  Biarpun stok di rumah kian kurang, aku akan membeli hanya bila perlu sahaja.

Baru-baru ini, melalui perkongsian rakan di facebook, aku dapat tahu tentang minyak masak TIARA yang boleh dibeli dengan harga bersubsidi (katanya) RM2.95 untuk satu liter.  Jauh lebih murah dari jenama lain yang berharga lebih RM5.00 seliter.  Menariknya, minyak ini didatangkan dalam botol dan bukan dalam paket plastik (aku selalu melihat minyak masak yang dijual dalam paket plastik menjadi beku, jadi aku tidak berminat untuk membelinya).

Sewaktu membeli belah di pasaraya, aku 'mencari dan jumpa' minyak masak TIARA ini. Setelah berbincang dengan suami, kami bersetuju membeli 5 botol minyak 1 liter ini (setiap pelanggan hanya dihadkan untuk membeli 5 botol pada setiap pembelian).  5 botol X RM2.95 = RM14.75.  Minyak masak dalam botol 5kg, paling murah pun sekarang RM21.95.  Aku tak pasti adakah 5 liter sama banyaknya dengan 5kg?


Mempunyai jaminan HALAL

Minyak masak jenama TIARA ini keluaran
Delima Oil Products Sdn Bhd iaitu Ahli Kumpulan
FGV (Felda Global Ventures)

Nanti boleh beli lagi untuk buat simpanan

Walaupun pasaraya yang aku pergi ini masih menyediakan beg
plastik kecuali pada hari Sabtu, aku lebih senang 'melatih diri'
untuk membawa beg sendiri.  Tak guna merungut dikenakan caj
0.20sen jika kita sendiri MALAS mendisiplinkan diri. Rasa rugi
kononnya membayar 0.20sen untuk membawa barang yang dibeli
tapi tak rasa rugi pula membazir bila beli makanan tapi kemudian
dibuang kerana tidak kena dengan selera...

14 ulasan:

  1. murah ...mmg skarang kena pandai pilih...smua mhl kn

    BalasPadam
  2. Kat sini minyak masak berjenama baru muncul setelah minyak masa premier naik harga. Ramai cakap itu minyak peket yang dibotolkan jadi dapat harga murah. Kat tempat saya tak murah pun. Rm3.50 sebotol kecil.

    BalasPadam
  3. Kami pun dah beli kat Giant berlambak2 je last 2 weeks. Tak beli juga dah minyak 5 liter macam biasa...beralih jelah..hehe.

    BalasPadam
  4. Alaaaa...murahnya...kat pasaraya mana ni mak..betul tu mak..rugi je bayar 20 sen..minyak naik..plastik pun nak kena charge...semua bebankan rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Tesco Ampang. Tapi khabarnya dah ada di pasaraya lain seperti Giant dan Speedmart juga...

      Padam
  5. Kita kena bijak berbelanja pada masa harga barangan semuanya melambung.

    BalasPadam
  6. Tak pernah nampak pulak brand ini kat persekitaran kakak tinggal ni Kakcik
    Memang kalau ada peluang berjimat kita kena jimat kakcik.

    BalasPadam
  7. ada beli hari tu tapi tak terfikir beli 5 botol kan. huhu

    BalasPadam
  8. murah tu... better beli banyak2 buat stok kat umah kan

    BalasPadam
  9. baguslah akak bawak beg sendiri pergi shopping, tak guna plastik... untuk kebaikan bumi kita

    BalasPadam
  10. Tak pernah jumpalah KC brand tu. Tapi kalau keluaran Felda rasanya berkualiti jugak ni. Ada pilihan, tak salah kita rebut ye KC.

    1 liter = 0.8 kg. Rasanya campur tolak harga tu mcm sama je dengan 5 kg minyak KC

    BalasPadam
  11. [2/18, 13:21] upgrader7510: https://www.google.com/search?q=aqil+minyak+masak&oq=aqil+minyak+masak&aqs=chrome..69i57j33.8230j0j4&client=ms-android-alcatel&sourceid=chrome-mobile&ie=UTF-8
    [2/18, 13:25] upgrader7510: https://www.google.com/search?q=minyak+masak+bagus&client=ms-android-alcatel&biw=360&bih=560&prmd=insv&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiDguiN9JjSAhUGNJQKHWPsCUEQ_AUIBSgB
    [2/18, 13:26] upgrader7510: https://www.sayangsabah.com/pilih-minyak-masak-jenama-bagus/
    [2/18, 13:28] upgrader7510: Minyak masak:

    Rm2 = paket

    Rm3 = bagus, aqil, tiara

    Rm4 = tesco

    Rm5 = others
    [2/18, 13:33] upgrader7510: https://www.google.com/search?q=minyak+masak+rm2.95&client=ms-android-alcatel&prmd=sinv&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjByo-V9ZjSAhXHi5QKHZHbASkQ_AUIBygB&biw=360&bih=560#imgrc=_
    [2/18, 13:34] upgrader7510: Aqil tiada dalam mana2 pic pulak :-(

    N tak nampak lagi jenama lain
    [2/18, 13:34] upgrader7510: Selain tiara n bagus

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com