Kawan-kawan kakcik

Isnin, 6 Februari 2017

Selamat Pengantin Baru Afizzat & Jirada...

Afizzat dan Jirada datang dari dua negara berjiran - Malaysia dan Thailand.  Kedua-duanya insan istimewa yang tidak boleh mendengar dan bertutur.  Tapi Allah SWT kurniakan mereka kelebihan lain. Mereka boleh menulis dan 'membaca' dengan dengan cemerlang...

Aku dan suami keluar rumah pada jam 6.30 pagi menuju
ke Kuantan di mana majlis menyambut menantu diadakan.

Mulanya kami singgah di RnR Temerloh, tapi punyalah ramai
orang.  Hendak beli air pun kena berbaris.  Jadi kami teruskan
perjalanan dan berhenti di Hentian Sebelah Maran.


Bila berhenti, En Suami akan ambil kesempatan untuk tidur
seketika dan Pn Isteri tiada kerja lain - ambil gambar!

Kami tiba di Taman Bukit Rangin, Kuantan
lebihkurang jam 10.30 pagi.

Bersama ibubapa pengantin (di sebelah kananku).
Hubungan kami sudah bagaikan adik-beradik.  Kami mula kenal
lebihkurang 12 tahun yang lalu, di zaman Mawi menyertai
Akademi Fantasia.

Yang penting adalah ukhwah, makan minum sekadar mengalas
perut sahaja.  Ini antara yang aku makan, nasi dan lauk pauk
pun aku 'hadap' juga...😋😋


Kebetulan pula baju yang aku pakai sama
warnanya dengan pakaian pengatin.
Untuk Afizzat dan Jirada, Bonda doakan
agar kehidupan berumahtangga kalian sentiasa
dalam rahmat, kasih dan peliharaan Allah SWT.
Semoga berbahagia bersama hingga ke syurga,


11 ulasan:

  1. selamat pengantin baru, semoga bahagia till jannah... comel pengantin... kakcik sedapnya kuih nona manis tu....

    BalasPadam
  2. Ikan di laut, asam di darat
    Dalam periuk bertemu jua.
    Selamat pengantin baru semuga kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat dan ke syurga.

    BalasPadam
  3. selamat pengantin baru kepada pasangan. jodoh tu rahsia Allah kan. bila sampai seru, berkahwinlah pasangan yang ditetapkan. akak dah macam family pengantin sedondon elok. :)

    BalasPadam
  4. Secara kebetulan kakcik boleh pakai ungu pulak ye:)
    Baca nama dia kakak dah agak bukan asal M'sia.
    Semoga mereka berbahagia.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kakcik...selamat pengantin baru buat mereka...:)

    BalasPadam
  6. Kak,,ngamlah warna baju akk dengan pengantin... :)...
    Selamat pengantin baru buat menpelai...moga terus mengemudi bahtera yang dibina dengan kasih sayang Allah SWT..ameen.

    BalasPadam
  7. selamat pengantin baru afizzat dan jirada. semoga ikatan perkahwinan ni kekal hingg syurga

    BalasPadam
  8. Selamat pengantin baru buat mempelai.
    Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.

    BalasPadam
  9. Dah katanya jodoh ye KC. Allah janjikan jodoh sekufu buat mereka. Moga jodoh mereka kekal bahagia hingga ke syurga.
    Sedap nampak abang tido tu KC. Letih sangat nampaknya tu. Rajin KC memenuhi undangan kawan kawan ye. Abang pun sporting! Baguslah

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com