...kerana kita bukan Tuhan.
Bila hidayah itu diberikanNya
tiada sesuatu yang dapat menyekatnya
begitu juga dengan hidup kita
bila sampai ke hujungnya
sesaat tidak ia lambat tiba
cuma sama-samalah kita berdoa
agar kita pergi dalam keadaan sempurna
mungkin saat itu kita tidak pun bersedia
tapi jangan sampai pemergian kita menjadi caci nista...
Sebenarnya, semalam di kumpulan whatsapp ada ahli yang bercerita tentang seorang lelaki telah datang ke surau (terus-terang, aku bukanlah seorang 'kaki' surau). Lelaki tersebut kini telah bekerja. Dia datang berjumpa dengan seorang jemaah lelaki dengan wajah penuh penyesalan. Dia menghulurkan sejumlah wang. Menurutnya sewaktu dia di sekolah menengah dahulu, dia pernah mencuri wang tabung surau. Dia mengharapkan agar wang yang diberinya kini, cukup (atau lebih) dari jumlah yang pernah diambilnya.
Mungkin ketika itu dia sangat terdesak hingga sanggup mencuri. Kita pun tidak tahu apa keperluannya waktu itu. Yang kita tahu, mencuri itu salah dan patut dihukum, sedangkan kita tidak ingin pun bertanya 'kenapa?' 'untuk apa?'...
Tidak semestinya yang bersalah akan terus dalam kesalahan dan tidak juga ada jaminan bahawa yang bersikap baik itu akan berakhir dengan kebaikan...
Fikirkanlah.
Hidayah itu milik Allah yang perlu kita usahakan dan gilap..betul kak..yang buruk,,tidak semesti hingga ke hujung buruknya...yang baik belum tentu baiknya berpanjangan...yg penting ada usaha nak betubah..kita sokong dan doakan je..
BalasPadamAlhamdulillah kesedaran tu yang penting kan kak cik
BalasPadamBersyukurnya dia sempat bertaubat kan Kakcik
BalasPadamItu jauh lebih baik dari yg terus-terus mengumpat tak taubat-taubat sampai akhir hayat.
hidayah itu milik Allah, sapa lah kita nk menafikann
BalasPadamAlhamdulillah..
BalasPadamMasih ada dihatinya untuk bertaubat..
Yang lalu telah berlalu..
Biarkan pengakhirannya yg baik saja..
Alhamdulillah...jujur sungguh pemuda tu...
BalasPadamsemoga Allah merahmati dia...
Kadang2 ada orang yang membuat kesilapan kerana terpaksa dan menyesal dengan apa yang dilakukan.
BalasPadamalhamdulillah akhirnya ada kesedaran, betul kita jangan judge people
BalasPadamAlhamdulillah kesedaran yang dia dapat.
BalasPadamThank you kakcik. Posting yang sentiasa membawa maksud mendalam.
BalasPadamAlhamdulillah..hidayah milik Allah.Semoga dia sentiasa dalam rahmat Allah
BalasPadamAlhamdulillah, perkongsian yg bermakna...;-)
BalasPadamhidayah milik Allah kita siapa hanya manusia utk menghukum ,....tak layak pun ... hanya Allah sahaja yang tahu
BalasPadamSyukur dia diberikan hidayah walaupun benda tu telah lama berlalu. Moga hidayah itu juga akan datang kepada kita. Dan hidup kita diakhiri dengan kebaikan kan KC
BalasPadam