Sewaktu aku mengikut suami ke India dua tahun lalu, betapa kembang rasa hatiku melihat bendera Malaysia berkibar menyambut kedatangan kami dan rombongan. Entah, tidak tahu hendak digambarkan bagaimana rasa gembira dan bangga itu menyelinap dan berkembang di dalam hati ini.
Aku juga bangga bila orang mengenali dan mengetahui tentang MALAYSIA. Tidak lagi dibayangi oleh negara jiran yang lebih dikenali oleh masyarakat luar.
Namun beberapa tahun kebelakangan ini, MALAYSIA lebih dikenali dengan hal-hal yang 'mengecilkan hati'. Di manakah silapnya? Rasanya biar kita hanya sesekali dikenali dengan hal yang baik-baik, bukan tiba-tiba meletup dan jadi tumpuan dunia kerana perkara-perkara yang memalukan.
Sesungguhnya Allah juga Yang Maha Mengetahui. Hukuman tidak turun hanya kepada yang melakukan dosa, sebaliknya yang tidak terlibat tapi berlagak seolah-seolah tiada apa yang berlaku, akan turut terkena tempiasnya....
sedih. 😢
BalasPadamdulu beberapa tahun lepas, pergi mana2 pun bangga as malaysian.
Sekarang...nak mengaku malaysia pun pikir beberapa kali huhu
Akhir-akhir ni memang macam2 cerita pasal Malaysia, tapi yang membanggakan ditelan oleh berita2 yg sedih, malu..
BalasPadamdulu masa zmn pemerintahan Tun M, rasanya nama malaysia gah psl cerita2 yg membanggakan, psl banyak hal... tp skrg nih asik yg memalukan yg menyedihkan je... nape yek
BalasPadamSewaktu saya di Mekah tempohari, saya berkesempatan bertemu dengan ramai bekas pekerja saya disana. Mereka mengeluh kerana harga barangan telah meningkat naik. Yang paling menggusarkan mereka ialah mengenai harga minyak yang meningkat naik secara mendadak di bumi Saudi Arabia!
BalasPadamskrg mgkn rasa malu bila org tahu kita dari malaysia kan mak...sobs!~
BalasPadamBetul tu KC....terasa bangga bila bendera negara kita dikibarkan di negara orang.
BalasPadamLumrah dunia tu namanya KC, orang memandang pada 1 keburukan walau 1000 kebaikan yg kita buat. Biarlah Allah yang maha adil mengadilinya
Sedih bila mereka kenal M'sia kerana isu yg tak enak didengar telinga
BalasPadamTapi apa kemampuan kita sebagai rakyat biasa kakcik.
Kena kembali ke jalan Allah semuanya.
Kan kak..nk xnak kt kna hadap dgn keadaan skarang..mudahan suatu hari nanti kt akan kmbali menikmati smula khidupan sperti dlu..
BalasPadamMalaysia..tanah airku..
Salam kakcik..betul tu. Dikenali dengan hal2 yang tidak menyenangkan. Sedih. Semoga suatu masa nanti, keadaan berubah baik seperti dulu.
BalasPadamsetuju....macam-macam hal dah kat Malaysia sekarang ni....moga untuk masa akan datang keadaan akan bertambah baik...kesian generasi akan datang.
BalasPadampegi indonesia baru2 ni, depa tak nak tukar dah dengan duit kita.
BalasPadamtak laku katanya.
sedihhh.
Ini zaman kita diuji.
BalasPadamMudah2an nama Malaysia akan kembali harum.
Mmmmm...memang pun banyak sangat kejadian2 unsangkarable di Msia sekarang ni...Sekarang ni kami suami isteri & kawan-kawan asyik duk bercakap & bandingkan dengan masa dulu2. Memang betul dulu lain sekarang lain tapi kelainan sekarang sangat menyakitkan hati dan perasaan.
BalasPadamsemoga rakyat malaysia lebih pandai memilih nanti kakcik.
BalasPadam