Kawan-kawan kakcik

Isnin, 9 Januari 2017

Sewaktu anak-anak masih kecil...

di suatu pagi
leka aku memerhati dua gadis cilik ini
mereka sama dari segala segi
rambut panjang yang disisir dan diikat rapi
subang di telinga, pakaian di tubuh dan selipar di kaki
semua sama tidak berbeza sama sekali
wajah juga seiras dipandang sekali

dalam hatiku berkata-kata
'mereka sangat seiya sekata'
mungkin juga dibentuk mengikut kehendak ibu mereka
dan mereka menurut tanpa banyak cerita
hidup riang dan gembira
hadapi sahaja apa yang ada

kelak nanti bila mereka dewasa
apakah tetap mendengar kata
atau bila sudah digoda citarasa
kata-kata ibu tidak lagi bermakna
peduli apa ibu memendam rasa
yang penting kehendak sendiri terlaksana

duhai anakku
terluka tercarik mana pun hati ibu
tidak pernah putus doa buatmu
hari ini kau buat tidak tahu
jangan nanti penyesalan tidak lagi bermakna buatmu...

14 ulasan:

  1. Betullah Kakcik masa anak-anak lebih mudah dilentur utk ikut kata kita
    Anak kakak dulu pun sama pakaikan sama semua tiga-tiga tapi bila dah besar ni dia sama dia yg berbincang sendiri baru tanya kita ok ke tak.

    BalasPadam
  2. Ialah Kakcik, masa anak2 kecik, semuanya mengikut kata..Moga2 dah besar nanti, begitu juga hendaknya.

    Anak2 saya pulak, tak pernah dipakaikan sama macam tu.

    BalasPadam
  3. betul sgt tu kak cik...
    Masa kecil, semua kata kita diturutinya...

    Bila dah besar, hurm.. dah sediakan justifikasi pun, belum tentu mereka nak ikut... huhuhu

    BalasPadam
  4. Anak saya masa kecil pun dah tahu apa kehendak masing2. Ingat lagi kalau beli yg mereka suka,dipakai sampai belum kering pun nak juga juga. Ingat macam mak depa la tu... ada cita rasa sendiri walau belum tumbuh gigi..hihi.Lawak aja.

    BalasPadam
  5. macam tu la ibu kan kak cik sentiasa mendoakan anak2 dan sentiasa rindu

    BalasPadam
  6. bila anak mula melawan kata
    sy akan teringat dan tertanya2
    mungkinkah aku juga dulu begitu

    BalasPadam
  7. Mungkin mereka tu kembar.
    Betapa rapat pun, bila dewasa akan bawa haluan masing2.
    Sentiasalah berdoa untuk anak2 kita.

    BalasPadam
  8. saya berharap sangat agar anak saya dewasa nnt boleh terus mendengar kata...huhu..
    seram la mak...sebab sekarang ni kita dengar mcm2 kes melibatkan budak2 sekolah menengah....
    harap2 anak2 kita dijauhkan dari anasir2 jahat di luar sana...

    BalasPadam
  9. sedih plak tiba2 bila baca entri ni...

    BalasPadam
  10. Takut nyerrr bila tiba saat ini nanti..mak doakan anak2 saya baik- baik aje ye mak

    BalasPadam
  11. Memang betul tu, Kakcik. Masa kecil ni akur aje apa kata ibubapa, apa sahaja kehendak mereka. Bila dah pandai berfikir lebih sikit, bila rasa diri dah besar, mulalah nak lebih berdikari, lebih bersuara sebab dah pandai. Kita mak-mak ni memendam rasa ajelah hingga akhir hayat kalau anak berubah laku.

    Tapi dah namanya emak, macamana sekali pun perangai anak, macamana besar panjang pun anak tu, tetap juga anak kecil kita yang sentiasa disayangikan Kakcik.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com