...yang ada dayang dan biduanda
kita juga bukan orang kaya
yang ada pembantu dua tiga
kita hidup seadanya
yang ada hanya ibu
tapi dia bukan babu
ada juga ayah
tapi bukan untuk diarah-arah
bila makan
pandai-pandailah kemaskan pinggan
meja jangan dibiar bersepah
sampai tak boleh beza dengan tong sampah
bangun tidur
kemaskan bantal selimut
jangan dibiar berkeromot
sekali imbas bagaikan sarang semut
kalau pun tak mahu basuh baju
jangan dikumpul belakang pintu
masukkan dalam mesin yang ternganga itu
takkan semudah itu pun buat tak tahu
selagi ada orang tua
hidup kita penuh selesa
nanti bila mereka tidak lagi berdaya
atau dijemput kembali oleh Yang Esa
kepada siapa pula hendak diarah semua kerja
belajarlah untuk memberi
bukan sekadar menerima dan buat tidak mengerti
sebenarnya tidak ada istilah kurang ajar
melainkan kamu sendiri yang sukar hendak diajar
Berbanding anak zaman dulu serba kekurangan tapi cakna terhadap segala perlakuan
BalasPadamKini - Bila sudah terlalu manja banyak kemudahan semua harap mak/ayah
Akibatnya bila berumahtangga satu kerja tak tahu nak buat. Sendiri susah.
apa2 pun kena pandai menguruskan diri .. jgn rupa cantik dan hensem tp dasarnye di rumah mak aihh huru hara ... kihkih ....
BalasPadameh eh kakchik, sesuai sangat nak bacakan pada anak2 ni. Mereka ni kalau tak disebut selalu, lalai ajer!
BalasPadamramai anak2 yg buat mak mcm org gaji..beranak ja hantar kat kg utk dijaga..
BalasPadamAkhir zaman ibu2 melahirkan tuan2.
BalasPadamthnx untuk peringatan
BalasPadamSedihnya kalau begitu rupa..kalau mungkin tidak mengurang beban mereka tak usah ditambah duka dan luka..kadang ibu ayah ni tak nak ngadu dengan anak mereka yang mereka dah sangat tidak larat..tapi meluah rasa pada saudara mara atau adik beradik yang ada..masa anak-anak kecil ibu ayah dah puas ikan kemahuan diri..bila dah tua..tak usah diikat lagi..
BalasPadamsangat betul apa yg diluahkan ..
BalasPadamsesuai sgt ditujukan kepada orang2 zaman sekarang...
BalasPadamsemua bermula dr ajaran dr kecik jgk kakcik kan
BalasPadamsbb tu dr kecik ni ajar aiyan lps mkn buang sampah ke tong sampah, lps mkn pinggan mangkuk ltk kt singki, tak ajar lg suh bsh pinggan sbb nnti mau banjir dapur
peringatan untuk anak muda sekarang ni...
BalasPadamSetuju sangat kakcik,anak2 perlu diserah tugas dari masa kecil tanpa kira jantina . Supaya besar nanti taklah jadi mem dan tuan semua x tau buat sendiri.
BalasPadamanak akhir zaman
BalasPadamsemoga anak2 kita jd anak2 yang soleh..
BalasPadamsentiasa mendengar kata..
sesekali leka faham jugak lah kita sebab kita pun dulu pernah jadi anak.
boleh tahan jugak degilnya kan.
tapi teguran dan teguran dari mak abah buat kan kita cuba practice cara mengajar anak.
semoga kita semua bahagia dunia akhirat kan kak.. ya rabbi.
Kalau dah namanya anak ada aje perangai depa yg kadang kadang menduga kita ibu bapanya KC. namanya manusia mana ada yg sempurna. Sabar dan berdoa ajelah KC. Ada masa. saya sendiri pun kekadang hilang sabar jugak haha.... tapi nak buat macamana hadap ajelah....
BalasPadamKena dididik dari kecil supaya tak jadikan ibubapa macam babu. Anak-anak ni kalau kita sayang berlebihan, kasih-sayang tu bertukar menjadikan mereka manja tak bertempat pulak. Semua nak letak di bahu ibubapa, ibulah terutamanya.
BalasPadamLumrah perangai anak2 sekarang,
BalasPadamterutama yang ada bibik di rumah