Kawan-kawan kakcik

Rabu, 18 Januari 2017

Kalau tak faham, janganlah baca...

... di sini aku menulis apa yang terlintas dalam kepala
dari apa yang aku lihat atau baca
kadangkala macam aku mengata keluarga
sebenarnya ia hanya kiasan semata-mata

kalau ada yang rasa terkena
mungkin ia kebetulan sahaja
tapi jangan pula meneka-neka
kononnya keluargaku sendiri sedang bercempera

jadi bijak jangan 'sebijak menteri'
konon tahu perkara setiap inci
sana nafi sini nafi
selagi tak terjerat leher sendiri

hidup ini ada pasang surut
kadang-kadang mewah sesekali kena ikat perut
marah macam mana janganlah sampai mencarut
yang buruk diingat yang baik jadi luput

aku menulis sesuka hati
untuk memberikan nyawa kepada blog ini
tiba saatnya semua pun akan mati
yang tersurat dan tersirat berjalan mengikut janji...

11 ulasan:

  1. Biarpun tulis sesuka hati tapi banyak yg tersurat boleh direnungkan bersama Kakcik
    Itu realitinya kepada yg faham. Yg tak faham terpulanglah..

    BalasPadam
  2. Teguran yang bagus kita ambil. Salah sangka jangan sekali.

    BalasPadam
  3. Betul...yang dikongsi sebenarnya perlu dihalusi..jangan mudah mentafsir begitu begini..bila membaca apa dikongsi adakala perlu ditapisi berulang kali..

    BalasPadam
  4. betul tu kak..menulis sebenarnya ia bagaikan sebuah terapi

    BalasPadam
  5. Orang kata menulis 'beralaslah' ya, Kakcik. Tulisan macam ni adakalanya maksudnya mendalam jadi kalau tak berapa nak faham, memang senanglah orang terkeliru dan fahamannya jadi salah.

    Saya kalau tak faham, saya baca komen orang lain dulu. Barulah tahu sikit apa maksud yang tersirat sebenarnya ^_^

    BalasPadam
  6. Biasalah KC...kadang kadang penulisan kita ni mmg seiring dengan emosi yang sedang bercelaru dalam jiwa. Walau tak terniat nak luahkan tapi secara tak langsung terluah tanpa sedar.... Insyaallah kalau niatnya baik, feedbacknya pun baik baik juga

    BalasPadam
  7. bagai irama dan lagu. macam puisi kata-kata tu.hihi

    BalasPadam
  8. menjadi penulis ni memang macam ni lah. kena berani tanggung risiko. sementelah yang menulis tentang isihati sendiri...

    BalasPadam
  9. hhehehehe tulisan kakcik ni dana suke...

    sentiasa ada inti nya

    BalasPadam
  10. Tafsiran dan fahaman pembaca mungkin lain-lain.
    Yang tersurat kadang2 tak sama dengan yang tersirat.
    Yang tersiratnya tu kadang2 disalahmengertikan.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com