Kawan-kawan kakcik

Rabu, 28 Disember 2016

Makan di Bunga Lawang Cafe..

Melayan kehendak anak yang teringin makan Laksa Johor, aku teringat akan Bunga Lawang Cafe di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.  Aku mengetahui tentang restoran ini dari perkongsian rakan-rakan di facebook.  Aku ajak suami layan kehendak anak untuk ke sana walaupun hari sudah petang.  Dengan jalan yang agak sesak, mengambil masa lebih setengah jam untuk sampai.

Dalam hati aku berdoa agar adalah hendaknya Laksa Johor itu. Kami memesan makanan dan beberapa minit kemudia pelayan memberitahu Laksa Johor habis!  Kuahnya sedang dimasak. Aku bertanya berapa lama masa untuk siap?  Jawabnya dalam 10 minit. Oh...tak mengapa, kami boleh tunggu...

Sebenarnya, Laksa Johor yang kononnya lambat siap itu, lebih cepat datangnya dari air yang lebih awal dipesan.  Dah nak habis makan pun air tak sampai-sampai.  Mujur tidak tercekik!

Set nasi dan sup tulang.
En suami kata sedap dan sangat menepati namanya sebab
'memang tulang sungguh'.  Tapi memang betul-betul sedap,
katanya.  Cuma sudah agak sejuk.  Tidak panas berasap.

Laksa Johor.  Anakanda kata 'sedap'.
Tak rugi kami layan kehendaknya.

Jemput-jemput.  Pahit sedikit disebabkan agak hangus.
Mungkin tukang goreng terleka seketika.

Air batu campur.  Sedap juga.

Jumlah yang dibayar.
Agak berpatutan.

6 ulasan:

  1. Nasib baik 10 minit bolehlah tunggu laksa Johor tu daripada dah habis langsung mesti terkilan kakcik. Sup tulang pula betul-betul tulang tak ada isi ye kakcik:)

    BalasPadam
  2. nampak menyelerakan sup tu..tp harganya boleh tahan juga ya kak

    BalasPadam
  3. Part sup tulang "tulang sungguh"tu..
    Alhamdulillah...apa yang diingini tercapai...rezeki :)

    BalasPadam
  4. nampak pekat likat kuah laksa johor tuh...

    heheheh tang sup tulang tu, udah mintak tulang dpt la tulang hehehe lenkali mintak sup daging + tulang kakcik heheheh

    BalasPadam
  5. Tiba-tiba saya teringin nak makan Laksa Johor. Nasib baik ada kawan sorang ni memang pakar buat laksa johor, nanti saya mintak tolong dia buatkan...but of course saya akan bayar...hahahahahaha....tq kakcik bagi idea untuk saya!

    BalasPadam
  6. bunga lawang ni belah mana ye tak prasan pula sy .... nampak sedap cucur udang tu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.