Kawan-kawan kakcik

Khamis, 17 November 2016

Pantun berkait...

Tenang tenang air di kali
Tenang lagi air di tasik
Senang senang tinggal di sini
Hati di dalam tetap berbisik

Tenang lagi air di tasik
Kelah dan lampam leka bermain
Hati di dalam tetap berbisik
Bagaimana rupanya di tempat lain

Kelah dan lampam leka bermain
Berkejar-kejaran sesama sendiri
Bagaimana rupanya di tempat lain
Pasti tak sama tempat sendiri

Berkejar-kejaran sesama sendiri
Hingga tak sedar ke seberang sana
Pasti tak sama tempat sendiri
Namun rezeki di mana-mana



Gambar dan pantun tak kena mengena pun...
Cuma ilham datang di awal pagi (masih di katil hospital)

11 ulasan:

  1. Saya dulupun, semasa menginap di hospital dek denggi punya banyak masa untuk update blog walaupun sekadar guna talipon...

    BalasPadam
  2. pandai kak cik berkaitkan pantun... walaupun dlm keadaan x sihat...get well soon kak cik...

    BalasPadam
  3. kakcik nih mmg btl2 pandai berpantun... msti bosan2 ada je idea kan

    BalasPadam
  4. Allah uji dengan kesakitan..Allah beri idea berpantun..terbaiklah..semoga segera sihat kak..

    BalasPadam
  5. Singgah datang rapatkan ukhuwah,
    Dengan pantun penuh bermadah..:)

    http://wacanaku2009.blogspot.my/2016/11/bagaimana-ingin-tingkatkan-ekonomi.html

    BalasPadam
  6. alahaiiii tak pandai langsung nak membeli pantun akak ni huhuhu

    BalasPadam
  7. Sejak jadi juri kejohanan pantun ni, KC mmg perghlah!!! Idea dtg mencurah curah sangat tau! Dare KC mcm mana hari ni?

    BalasPadam
  8. semoga cepat sembuh ya. memang kreatif bab pantun ni kakcik

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com