Kawan-kawan kakcik

Rabu, 2 November 2016

Ianya benar belaka (petua agar air rebusan tidak melimpah)...

Pagi tadi aku rebus telur.  Tiba-tiba airnya melimpah keluar
hingga menitis ke atas lantai.  Lantas aku teringat kepada
satu petua.  Alang-alang air pun dah tumpah, tidak salah
untuk mencuba...

...aku letakkan sudip kayu di atas periuk yang di dalamnya
air sedang menggelak.  Eh...betullah.  

Walaupun buih itu membuak-buak, setitis pun ia tak tumpah...

Kesimpulannya, kita ini bila mendengar sesuatu perkara atau berita, bukanlah bermakna kita wajib terus percaya.  Tapi tidak salah untuk kita 'mengkaji' asalkan tidak menyakiti sesiapa...

...sehari sebelum 1 November, aku berbelanja di pasaraya.
Eh... di rak minyak masak hanya jenama Alif ini yang ada.
Aku beli sebotol cuma.  Harganya masih sama.  Tapi sudah ada
ura-ura, esok harganya akan berbeza.  Maka bertebaran di maya
bahawa harga baru yang naik bukan seringgit dua.  Tapi ada yang
menyangkal dan berkata 'itu semua fitnah cuma'.

Bila tiba 1 November, petrol dan diesel naik juga.  Minyak
masak pun khabarnya sama.  Diumumkan tol tidak terkecuali
akan naik kadarnya.

Aduhai... enaknya menteri berkata, 'kalau tak mampu, pilihan
sudah tersedia.  Berbelanjalah ikut kemampuan sahaja.  Kita
sudah sediakan yang terbaik untuk anda
'.

Hmmmm...

14 ulasan:

  1. Saya dah lama buh senduk kayu masa rebus cili kering KC dan memang terbukti berkesan petua tu.
    Itulah KC semalam kat WA pun kecoh pasal minyak masak ni, kalau naik sampai RM5 henggit mmg melampau sungguh tu kan. Kebetulan saya pun baru beli minyak masak 2 minggu sudah

    BalasPadam
  2. Petua tu memang menjadi ye Kakcik:)

    "Dia" kata subsidi dah berjuta diberikan pada rakyat, tiba masa rakyat kena tanggung sendiri. Ibarat macam dlm kelaurga si bapa dah tak kuasa nak tanggung anak-bini. Kena pandai-pandailah anak bini cari jalan. Tapi jgn lupa ada neraca penimbang Allah di 'sana'.

    BalasPadam
  3. kakcik,kalau senduk kayu tak ada,makna kata kayu pun bolehlah. Awatlah banyak sangat mereka seperti 'dia' .Takut fikirkan masa depan anak2 macamana.

    BalasPadam
  4. Oh boleh jadi macam tu yea kalau letak senduk kayu tu macam tu, nanti saya nak buat jugak la cam tu. Saya sampai dah tak tau nak komen apa, rasa saya pun dah hidup di bawah paras jimat dah ni...Betul kata kak zakie, tunggu je la alam kekal di sana andai benar kita semua dianiaya..

    BalasPadam
  5. nsb kt umah pun edy ada beli minyak 5 liter minggu lps, tp silapnya beli 1 botol je sbb mmg tinggal 1 botl je kt pasaraya giant tu... bayangkan lah kakcik betapa cptnya minyak2 tu hilang bila ura2 kata minyak msk nk naik harga

    tp sedih betul rasa lps nih minyak 5 liter yg selalu beli utk bekalan sebulan tu dh jd rm20++ sedangkan sebelum ni baru belas2 ringgit... senangnya pak menteri berckp, poket mereka tebal bkn mcm kita

    BalasPadam
  6. hmmmm ... pertua tu selalu guna sbb dah viral ari tu .. bab minyak masak tu ...hmm tgk la menteri2 berdebat masing nk menang ... hat backup diri tu pun mcm kurang cerdik je ingat minyak masak ni org buat menumis je ke ..... boleh tahan sebulan yg botol rm10 tu ... klu yg rajin menggoreng kepok..pisang dll tu guane.... adoi la ...

    BalasPadam
  7. memang dah naik kakcik walaupun dikatakan berita pelesu, dah ada yang beli minyak masak semalam dengan harga yang boleh kering darah dibuatnya :(

    BalasPadam
  8. Wah boleh cuba petua ni kak...
    PC dah berkali2 belanja kak tengok ruang minyak tu kosong..bila tnya dia kata stok minyak tak ada..dah jelas dan sangat nyata apa motifnya...
    Senyum kelat pinang muda..

    BalasPadam
  9. menarik pulak petua akak tu.. boleh try gak pasni kot nak rebus telur nak masak sambal merah ke kan..hehee

    BalasPadam
  10. Malas komen bab minyak. tapi bab sudip tak pernah try lagi mak.

    BalasPadam
  11. sukalah saya baca gaya penulisan kakchik ni..macam pantun pun ada

    petua merebus dgn sudip kayu tu menarik, nanti boleh dicuba. yg tak menariknya kata-kata si menteri tu. memanglah berbelanja ikut kemampuan, tapi kalau setiap masa naik sahaja, mana nak termampu dah dengan gaji naiknya satahun sekali ajer, kan...

    BalasPadam
  12. Kalau sebelum ni Reen hanya kecilkan sedikit api agar tidak menjejeh. Lebih2 lagi waktu masak bubur. Lepas ni boleh guna petua kak cik :)

    BalasPadam
  13. Terima kasih Kakcik berkongsi petua air rebusan mendidih agar tidak membuak dan melimpah keluar letak batang senduk atau sudip kayu melintang atas periok.

    BalasPadam
  14. tq for the tips.. saya tak pernah try lg kak cik :D

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.