Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 25 November 2016

Gambar makanan lagi...

...bila rajin, awal pagi lagi dah siap masak... 🙋🙋


Pagi-pagi terasa dingin
mata mengantuk mari layankan
bila tekak rasa teringin
masak sendiri lebih menjimatkan

Pergi ke sungai dengan Kak Ani
sambil membawa sesisir pisang
walau hidangan seringkas ini
perut kenyang hati pun senang

Berpakat-pakat pergi ke Lukut
hasrat berguru dengan Pak Sufi
kopi pekat dan biskut lutut
nikmat Tuhanmu yang mana hendak dinafi

Sesat di jalan dek malas bertanya
penatnya wahai separuh mati
kalau di restoran mahal harganya
goreng sendiri lebih puas hati

Anak kecil berlari-lari
bermain dengan wajah ceria
ayam masak merah nama diberi
masak pagi makannya entah bila

Assalamu'alaikum dan Salam Jumaat penuh berkat buat yang sudi singgah dan membaca... 😁😁

14 ulasan:

  1. Masak sendiri boleh ulang banyak kali kak..bila bila masa..

    BalasPadam
  2. Aduh..duh..duh.. kakcik
    Betul-betul buat siapa yg masuk sini terus telan airliur berkali-kali:)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah ...sy suka biskot keras cicah kopi tu

    BalasPadam
  4. Mana ada ringkasnya masakan dalam gambar nombor 2 tu, Kakcik. Kalau saya tu dah kira mewah. Maklumlah saya kalau ke dapur, tak suka berlama-lama. Kalau banyak menu walaupun simple, tetaplah mewah ^_^

    Macamana ni, Kakcik... tengok maggi, tenggok nugget dan kentang pun dah terasa lapar apatah lagi bila tengok ayam masak merah!

    BalasPadam
  5. semua nampak sedap... tp time sejuk2 ujan nih, dana sgt terliur ngn megi tuh

    BalasPadam
  6. terliurr tengok gambar atas sekali tu kakcik
    stok benda tu sentiasa ada je kat rumah heheee

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum kak cik

    Sedap pekena roti kering dengan air kopi pekat tambah2 bila hujan..

    BalasPadam
  8. Cincin ini dari Yaman,
    Pakai tangan jari kanan;
    Barang ini barang makanan,
    Kalau tak makan rasa kempunan.

    BalasPadam
  9. Mmg berbaloi masak sendiri ye KC. Tp tulah...bila kemalasan datang bertandang mmg tak de pilihan lainlah. Makan kat kedailah jadi penyelesaiannya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com