Kawan-kawan kakcik

Isnin, 28 November 2016

Berjumpa, sembang-sembang, makan-makan...

Tarikh : 26/11/2016 (Sabtu)
Tempat :  Bukit Botak (Selayang Mutiara)

Sejak aku bersara pilihan sendiri lebih dua tahun yang lalu, kehidupan atau dunia pejabat memang terus lupus dari diriku. Dengan kawan-kawan pun aku tidak lagi bertemu. Andai bertanya khabar hanya melalui maya.  Tidaklah bermakna aku telah melupakan kawan-kawan, tetapi pergerakanku memang terbatas andai tiada bantuan dari suami untuk membawa ke sana sini. Hinggakan semasa aku menjadi Juri Pesta Pantun tempohari, suami mengambil cuti sehari untuk 'menemani'ku... Lesen nemanduku telah pun kubiarkan mati tanpa kuburan... πŸ˜’😒

Maka, mendapat peluang bertemu bekas rakan sekerja/sepejabat sewaktu bertugas di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masa yang berlalu bagaikan tidak terasa.  Huhuhu, boleh aku terlupa nama kawan dan tersalah panggil.  Patutlah dia tak menyahut.  Itu belum ramai mana yang berkumpul!  πŸ‘€πŸ‘€

Jom tengok gambar.  Semua makanan disediakan oleh tuan rumah dan dibawa kawan-kawan yang datang.  Aku?  Bawa plastik sampah dan pinggan kertas sahaja,  Tapi bila balik, siap bungkus makanan macam balik dari pasar malam... πŸ˜‰πŸ˜‰

Terima kasih Kak Jab



Macam-macam ada

Masak lemak ikan masin

Popiah goreng (terima kasih Napi)

Aiskrim buatan sendiri oleh kawanku (terima kasih Sue)

Cik Mek Molek (terima kasih En. K)

Spaghetti bolognaise dan puding trifle (terima kasih Kak Ana)

Tak ramai mana pun, tapi meriah bukan main. Sebenarnya ada
lagi yang datang kemudian, tapi tidak sempat hendak bergambar.

Mak-mak dara yang masih anggun

Gambar ini En Suami yang rakam.

Terima kasih ya kawan-kawan semua.  Ada rezeki, dengan izin Ilahi nanti kita jumpa lagi.  



9 ulasan:

  1. Dengan cara macam ni lah kan Kak Cik untuk berjumpa kekawan lama..
    BUat potluck dan ada yang sukarela jadi tuan rumah utk perjumpaan itu..

    Bila dan jumpa apalagi.. borak2.. makan2.. gurau senda ..
    Terasa ikatan ukhuwah tu kan kak cik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Allah masih beri kesempatan untuk bertemu...😊

      Padam
  2. Tentu seronok berjumpa kengkawan lama.
    Makanan pun best2.
    Tahniah.

    BalasPadam
  3. Dah lama taknjumpa mesti banyak perkara nak sembang πŸ˜ƒ

    BalasPadam
  4. 1. Kakak tak tahu kakcik jadi ketua juri berbalas pantun tau - baca yg tertinggal nak ucap tahniah di sini

    2. Jumpa kawan lama memang best. Apa lagi makanan dihidang banyaknya:)

    BalasPadam
  5. Sesekali jumpa semula memang seronok kak..macam-macam cerita ada :)

    BalasPadam
  6. sesekali bila jumpa msti lg meriah dr jumpa selalu2 kakcik...
    mau sehari tak ckp bila dh berborak...

    BalasPadam
  7. seronok tukar2 cerita dgn kawan lama kan..

    BalasPadam
  8. Nasiblah cik abang sporting. Sanggup korbankan cuti demi isteri tercinta katanya....
    Mmg best ye KC dapat bersembang dgn kawan ofis sambil makan makan.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com